Selasa, 4 Disember 2012

12 JAM TAHAN SAKIT DAN LAPAR

28068_484798388208724_1910937999_n_large

Gambar Hiasan

Hamil dan memperolehi cahaya mata pastinya pengalaman yang paling indah dilalui oleh seorang wanita.Begitu jugalah yang kurasai lebih tujuh tahun lalu.Saat diberitakan berbadan dua,gembiranya tidak terkata.Seperti pasangan-pasangan lain, aku dan suami juga mengharapkan agar segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Mengjangkau bulan pertama dan kedua kehamilan, aku tidak berhadapan sebarang masalah.Tetapi memasuki bulan ketiga dan seterusnya,tanda-tanda alahan dan kemudaratan sebagai ibu mengandung mulai kelihatan.
     Usah katakan memasak,hendak menyapu rumah pun tidak berdaya.Apatah lagi mengurus diri sendiri.Semuanya tunggang-langgang kerana satu kerja pun tak mampu kulakukan.
    Tujuh bulan berlalu, alahan yang pada dahulunya agak teruk beransur pulih sedikit demi sedikit.Alhamdulillah,berakhir juga kepayahan fasa pertama sebelum melahirkan .
           Pada minggu-minggu terakhir usia kendungan ,sekali lagi aku diduga.Awalnya,di pangkal bahagian intimku mengalami sakit-sakit yang berterusan.Lebih membimbangkan apabila denyutan jantungku juga lemah.
             Rentetan itu,aku diperiksa dengan teliti.Keputusannya,aku perlu dimasukkan ke wad untuk pantauan serta penjagaan yang terperinci.Tiada perkembangan yang menyeronokkan pada hari pertama di hospital.
    Keputusannya masih sama seperti hari sebelumnya.Denyutan jantungku masih lemah dan membimbangkan.Kata doktor,kes aku agak merbahaya dan mesti dirawat oleh pakar.

Suami menanti di luar

      Sekitar jam 12.30 malam,sakit yang sama datang sama datang lagi.Sekejap ada,sekejap hilang.Biarpun ia tanda-tanda kontraksi tetapi aku memandang remeh kerana sakitnya bisa-biasa sahaja.
                Aku mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri kerana rasa sakitnya tisak terlalu kerap selain mampu menahan.Sehinggalah keesokan pagi,sewaktu doktor melakukan pemeriksaan rutin keatasku,dia mendapati pintu rahim sudah terbuka dua sentimeter.
                Tanpa berlengah,aku diarah masuk ke dewan bersalin dan disitulah bermulanya pengalaman indah yang harus dilalui.Bagaimanapun,tanda-tanda bersalin masih belum jelas lalu doktor yang bertugas bertindak memecahkan air ketuban bagi menguatkan sakit kontraksi.
              Lima jam berikutnya,sakitnya mula dirasai.Sekalipun dibius hampir separuh badan namun aku masih sedar sekaligus menanggung kelaparan yang amat sangat.12 jam bertarung kesakitan tanpa sebutir pun makanan masuk ke mulut,membuatkan kekuatan fizikal sedikit terjejas.
               Sungguhpun begitu,bila memikirkan suami yang setia menanti di luar,semangat yang hilang tiba-tiba menyala.Bagaimanapun,aku tetap redha andai setakat ini perjalanan hidup yang ditentukan oleh-Nya.


Tidak boleh hamil lagi

         Sedang leka melayan perasaan,telingaku menangkap perbincangan beberapa doktor dan jururawat yang terlibat.Salah seorang darinya menghampiriku dan menyatakan masa kelahiran yang diberi hanya lima belas minit sahaja.Semuanya gara-gara kondisi jantungku yang bertambah lemah dari semasa ke semasa.
           Apabila sakitnya datang,aku mulai meneran dengan sepenuh tenaga tetapi bayi kami mesih belum kelihatan.Denyutan jantungku masih perlahan dan kemudiannya kaedah forceps digunakan tetapi masih belum membuahkan hasil.Aku betul-betul lemah tetapi masih berusaha untuk melahirkan anak yang berada di dalam perut.
            Tepat jam 5.04 petang,aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.02 kilogram yang diberi nama Mohammad Daniel pada 2 Februari 2005.Bagaimanapun,aku tidak sempat menatap wajahnya kerana keadaan kesihatan yang kurang stabil.Penjagaan rapi dilakukan oleh para doktor namun tidak lama selepas itu aku dibenarkan keluar.
             Sebelum itu,mereka sempat berpesan bahawa aku tidak boleh mengandung lagi kerana injap jantung telah rosak.Dikhuatiri,sekiranya nasihat berkenaan diingkari maka tidak mustahil berlaku kejadian tidak diingini keatasku kelak.
       Dengan tenaga yang masih bersisa,aku gagahkan diri menatap wajah bayi kecil kami,Syukur alhamdiulillah kerana keduanya selamat dan sihat biarpun ada sedikit komplikasi ringan.Semoga dikau menjadi anak yang soleh dan mampu membahagiakan ibu dan ayah di masa akan datang. 





Kiriman :
Mazliana Bt Mohd Aris
Taman Tambak Permai,75460,Melaka
         


Tiada ulasan:

 
All right reserved by seuleira @copyright protected