Rabu, 5 Disember 2012

{ MINAT PADA DIKIR BARAT }

Salam .. apa khabar korang ? harap sihat selalu.Sue nak kongsi sikit tentang aktiviti dekat POLITEKNIK.Sue mula join dalam kelab dikir barat nie sejak sem 1 lagi.Banyak bende yang sue belajar.Minat sue bermula daripada sue tengok satu alat muzik yang kecik dan comel yang diberi nama REBANA ANAK tu sue dah mula minat dan nak tahu secara yang mendalam cara memalu REBANA ANAK tu.Bila dengar ahli pendikir lelaki yang memalu rasa macam sedap je bunyi,terdetik dekat hati, " aku pun nak jugak pandai palu rebana anak macam dia " .FYI orang kelate panggil REBANA ANAK tu sebagai ANOK .

Dalam kelab dikir barat tu ada 2 team.Team yang paling senior sekali sebab diorang dah lama sangat dalam kelab tu nama dia SERI PERKASA,so kitorang pulak team perempuan diberi nama SERIKANDI PERKASA . . kitorang banyak belajar daripada team lelaki,diorang dah banyak join pertandingan,dan kebanyakkannya menjadi JUARA dan NAIB JUARA . .

Sebagai team perempuan yang baru dutubuhkan,kitorang tak diberi kepercayaan sangat untuk join pertandingan sebab kitorang masih lemah dari banyak aspek.Tapi kitorang selalu jugak dijemput untuk buat persembahan di majlis-majlis luar politeknik mahupun dalam politeknik.Sangat happening sebenarnya mempelajari seni orang kelate ni,memandangkan sue bukanlah asal daripada kelantan,sifat ingin tahu tu sentiasa ada ..

Untuk menjadi ahli pendikir korang mestilah ada 2 perkara ni.Yang pertama Disiplin dan yang keduanya Jangan malu.Sebab setiap ahli pelatih-pelatih akan suruh korang nyanyi,tak kira lagu apa-apa pun,sebab diorang boleh tahu sapa yang boleh jadi TOK KARUT dan sapa yang boleh jadi TOK JORO.AWOK AWOK main peranan keluarkan suara yang ada untuk nyanyi bersama dengan TOK JORO dan TOK KARUT.

KENANGAN BERSAMA PASUKAN DIKIR BARAT


# korang kenal tak artis terkenal yang pakai baju oren dan kuning tu ?
cuba gugel nama nie TUAN KOB RAJA SARING & ABE G.kat youtube pun ada taw :)








Tiada ulasan:

 
All right reserved by seuleira @copyright protected