Sabtu, 15 Disember 2012

{ RESEPI : PUDING ROTI KUKUS }

Assalamualaikum . . apa khabar ? sue nak kongsi satu resepi yang sangat simple simply siti,memang senang sangat,bahan-bahan dia pun main letak je,korang patut dan harus cuba buat kat rumah kalau tak sangat rugi.Korang kreatif kan,lepas dah siap tu korang hias la cantik-cantik,yang sue buat tu simple je,sebab first tyring tak ada idea nak hias-hias bagai. .kat bawah ada resepi . . GUDLUCK :)

BAHAN-BAHAN

1.Marjerin 2 sudu besar
2.Telur 3/4 biji
3.Gula 4 sudu besar
4.Aising Vanilla 1 sudu kecil
5.Susu Krimer / Cair
6.Roti (Dipotong dadu atau ikut kreativiti)

CARA-CARA

1.Panaskan terlebih dahulu kukusan anda sehingga air menggelegak.

2.Potong roti mengikut citarasa masing-masing,kemudian campakkan roti tersebut kedalam loyang yang sudah siap disapu dengan marjerin dan biarkan seketika.

3.masukkan telur,gula,aising vanilla,susu krimer sekaligus kedalam bekas adunan,kacau sehingga sebati (tak perlu guna mixer,hanya guna manual)

4.Siap kacau,masukkan adunan tersebut kedalam loyang yang mengandungi roti tadi.

5.Adunan sedia untuk dikukus,kukus sehingga lebih kurang 20 minit.DONE!


korang faham tak?agak-agak boleh buat tak?kalau keliru silalah komen yew :)


2 ulasan:

Dunia Wilma berkata...

Wilma nak try nanti ^_^

sue berkata...

@Dunia Wilma nanti share-share taw..gudluck :)

 
All right reserved by seuleira @copyright protected