Jumaat, 20 Disember 2013

Cara nak tahu antivirus yang kita guna berfungsi ataupun tidak

salam ,, nak share satu teknik bagaimana cara kita nak tahu samaada antivirus yang kita guna,yang kita duk update sokmo-2 tu berfungsi ataupun tidak.Antivirus tu kita duk update sokmo tapi langsung tak berfungsi , ataupun dia kluar notification menyatakan ada virus tapi virus tetap ada , maksudnya virus tetap ada walaupun dah di scan .. 

Teknik nie sue baru je belajar semalam , dalam kuliah subjek Information System Security . Best tau dalam subjek nie kitorang akan belajar cara nak hack ,, awww *tak sabar
Oke kawan-2 moh le ikut step demi step , tak susah pun ..senang sangat-2 .

1. First skali silalah buka notepad korang , kemudian copy dan paste code dibawah pada notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Sila rujk gambar dibawah 


2. PENTINGG!! save kan file tadi dengan nama EICAR.COM , dan save kan pada Folder MY DOCUMENT.


3. Step terakhir , jika terdapat notification/pop up/mesej daripada antivirus , itu bermakna antivirus yang korang duk update tu berfungsi dengan jayanya , TAPI kalau tak keluar sebarang notification/pop up/mesej itu bermakna antivirus korang tidak berfungsi pun selama korang install , so apa lagi silalah uninstall bagi yang tidak berfungsi :)


P/S : Sue menggunakan antivirus 360 Internet Security , dan setakat nie masih berfungsi dengan jayanya , sebab apabila dia dapat detect virus , antivirus nie akan terus padam virus tersebut :)

Nak jugak ? nah sila DOWNLOAD


Rabu, 11 Disember 2013

Produk PALING berkesan buang WhiteHead (Suggested)

hallo cikebum..cikebum :)
nok kongsi satu rahsia *dah kongsi tak jadi rahsia dah :3 , bagi korang-2 yang ada masalah macam sue , ade whitehead/blackhead boleh la try satu produk nie sangat berbaloii kalau korang pakai , sebab sangat-2 membuahkan hasil yang .. eeeww ,, sebab apa eeww ? sebabnya memang berlambak lah whitehead/blackhead korang yang dah lama tersimpan atas hidung/dahi or mane-2.
baru je seleasi membuang segala whitehead , dan terkejut dengan hasilnye , sangat-2 banyak sue punyer whitehead , omaiigad tengok pun macam geli je ,, sue memang banyak whitehead ,,nak tengok ke ?

             

Hamekk kauu , sila muntah hijau laju-2 (whitehead kan putih asal sue punyer kuning ?)

korang-2 yang nak tahu sue guna produk apa , nahh tengok bawah ,, nak story sket.


Produk daripada PRRETI , Nose Pore Strips Aloe

Cara guna:
1.Basuh/cuci muka terlebh dahulu.
2.jangan lap muka ,biarkan muka basah-2 sikit , terutama bahagian hidung.
3.kemudian lekatkan pada hidung korang.
4.tunggu selama 15 minit, dah cabut sila cuci muka sekali lagi,rasailah kelembutan hidung anda :)

Tips : kalau muka kering (bahagian hidung) bende tu tak berapa nak lekat,so letak air lebih sikit , dia akan lekat kat hidung kite kuat-2 macam letak gam :)

Harga - RM5-6 (lupa)
Lokasi : watson





Selasa, 10 Disember 2013

Review Dr.Fellgood dari Benefits


hallo malloww .. apa khabar ? harini p redah banjir dekat bandar dungun , pagi tadi pkul 2 pagi dah start hujan lebatt sampai la pkul 6 , dan pukul 9 siap2 nak p kelas tengok2 dalam fesbuk dan kecoh bandar dungun banjir , dan ramailah lec yang batalkan kelas . . oyeaahh , hehe .

Okeh nak review pasal produk dr feelgood from benefits , 


Cantikkan dia punye box (bekas ? ), sue tengok semua produk benefits cantik-2 dia punyer bekas (takde idea nak panggil ape eheh) 

Ketahui apa fungsi Dr.Fellgood

  • mekap nampak cantek, 
  • tak kering, 
  • glowing natural, 
  • ada vitamin rawat garis2 halus di wajah, 
  • base mekap, 
  • bagi mekap tahan lama
sue takde gambar lepas pakai nie,sorry .

Beli online

Harga :
Rm 40.00




Sabtu, 7 Disember 2013

Produk penjagaan kulit pilihanku


salam korang nak update lagi pasal produk-2 penjagaan kulit muka.Ada beberapa produk yang sue baru try dan dah lama pakai , FYI kulit muka sue banyak sangat masalah , antaranya berjerawat , sangt berminyak , kusam .Dah banyak produk yang sue try tapi ada yang menjadi ada yang tak , almst yang sue pakai jadi sekejap je pastu naik jerawat balik.

Antara produk yang sue pakai untuk muka ..

Cuci muka

1.Aiken tea tree oil


credit : Google

Produk nie sue baru try awal tahun 2013 dan sue berjaya kekal kan pakai sampai 7/12/2013 je , muehe ,masa pakai produk ni oke la jugak , tapi sue dah brenti pakai sebab macam takdak perubahan pun , kalau ada pun maybe sikit je la,sue pakai satu set mcm dalam gambar, bagi muka berminyak sue suggestkan produk nie , maybe kulit muka korang menjadi kankan ,, kulit lain-2 tapi apa salahnya cuba dulu bagi korang yang buntu dah tak tau nak pakai apa.sebelum terlupa bedak pun ada tau *sila gugel .Bedak dia boleh digunakan pada tempat-2 gatal , muka pon boleh

dan sue maseh kekalkan pakai moisturising lotion dan dia punyer toner sampai sekarang , daily moisturising tu sue jadikan base makeup.Dia oke tapi muka akan jadi berminyak.huhu

Nak tau banyak sila serbu blog yang review pasal produk aiken sini dan sini

2.Giffarine Sabun Honey Fresh


Ini adalah produk daripada Giffarine diimport daripada thailand,jangan risau ianya HALAL tau , mak sue jual semua produk giffarine , macam-2 ada . .oke tentang produk nie plak sue baru je pakai , dan tak sangka baru je pakai 2 hari rasa macam kulit muke lembut dan jerawat kecut dengan cepat.Alhamdulillah sue akan teruskan pakai produk nie , produk daripada giffarine semua murah-2 , tak caya gugel ye hehe.Sabun nie besar dan boleh jimat ,jugak boleh pakai pada badan.So far sabun nie sangat oke.

Sabun Honey Fresh 
Sabun jernih ini diperbuat daripada madu asli dan ekstrak semulajadi. Membersihkan keseluruhan wajah dengan lembut dan menjadikan kulit wajah anda lembut dan segar.
-   Pati Madu
Pati madu asli  membantu  memperkaya dan melembapkan wajah anda.
-  Ekstrak Cammomile
Herba semulajadi  mencegah iritasi dan melegakan kulit anda.
-   Sodium Lactate
Menambahkan kelembapan.
-   Vitamin E
Menambahkan keserian dan kelembutan wajah.

Cara Penggunaan:
Letakkan sedikit sabun pada tapak tangan dan campur dengan air sehingga mengeluarkan buih, sapukan pada seluruh wajah. Kemudian bilas dengan air. Gunakan setiap hari.
review daripada blog lain sini .


Setakat ni jelah perkongsian yew :)









Apa yang harus kita pakai sebelum makeup ?


halooo ,, awak-2 semua apa kabar ? lama tak update , bizi dan line takdok *alasan kuno . oke harini nak share sikit pasal makeup-2 uollsss.Sapa yang suke makeup tu kene tau step-2 sebelum makeup taw,kene tau macam mana nak bagi muka nampak glowing-2 , camne tak nak bagi muka berminyak.

oke sue nak review sikit beberapa produk yang setakat nie sangat best untuk dipakai .Sebelum makeup kita haruslah pakai base untuk mengelakkan matahari tu tepat-2 kene kat muka kita , paham ? *blurrrr
biasanya sebelum kita pakai foundation tu kita akan pakai base nie , ada banyak jenis tau,* sila gugel

Harini nak share 2 produk je , sangat-2 best , ada murah ada mahal sikit.

1.Giffarine Oil Control Formula II


credit : Gugel

Produk ni daripada GIFFARINE.Produk nie dah semakin popular sekarang , harganya pun murah.Best sangat pakai produk ni,dia macam krim tapi ada jugak macam cecair sebab nya bila kita apply dekat muka memang cepat je menyerap.Boleh pakai sebelum makeup dan sebelum korang tidur.

Harga Ahli : RM 12.08
Harga Jual : RM 16.10

Boleh beli mana-2 stokis giffarine atau boleh order dengan sue yew , kalau nak jadi ahli pun boleh , boleh pm facebook sue.

2.Biore Uv Perfect Face Milk



Ini adalah produk dari biore , bagi sue produk nie mahal sikit , n botol dia kecik je , tapi memandangkan produk ni NO 1 di Japan sue pun terus la beli , bau dia memang ada bau susu sikit2 , dan produk ni sangat-2 best sebab bila kita apply je terus menyerap n terus jadi macam kita sedang sapu bedak *imagine .Produk ni adalah base dan ianya ada SPF 50+ sangat bagus untuk mengelakkan cahaya matahari tu tepat pada muka kita , dan produk ini BAGUS UNTUK KULIT BERMINYAK , muka sue sangat berminyak then bila pakai produk nie muka dah kurang minyak bila bermakeup.

Harga : RM 29.90
Lokasi : Watson 

Haritu sue beli dekat pasaraya ANEKA , sebab cari dekat watson takde , maybe watson dekat area korang ade kot.


Ahad, 24 November 2013

REVIEW Tempahan Blog Niaga

Salam everibadi , lama tak update kankankan .. alaa busy sikit dengan segala hal , hal yuran belajar , hal tempahan dan banyak lagi la hal2 nya , heee.but harini nak review satu tempahan blog niaga , ini merupakan tempahan FULL EDIT yew . . murah-2 je , sape2 yang berminat bolehla pm di sini atau emel ke ahmatdaughters@gmail.com :)
Jemput la singgah dan jemput beli juge yek . .
http://smartphonewantehatrading.blogspot.com/


Blog ini adalah blog niaga telefon clone , cepat2 terjah yew . . jangan lupa beli :)





Ahad, 10 November 2013

Smartphone Wan Teha Trading ( Jual Handphone Pelbagai Jenama )


Harini sue nak review sikit pasal satu page nie yang menjual handphone clone made in korea , sebut pasal clone mesti ramai yang pikir , pakai sekejap je dah rosak kan , btw henpn clone nie ade kelebihan dan kekurangannye tersendiri . dan sangat berbeza made in china dan made in korea , tapi sue ade pengalaman pakai henpon made in malaysia , seriesly sangat tak best sebab tak tahan lama , sekejap je pakai dah rosak.
oke ape-2 pun korang pandai-2 la buat pilihan sendiri yew ,, kat bawah nie sue ade sediakan perbezaan made in china dan korea .. 

Made In Korea
Skrin sesentuh yang sensitif (macam ori)
Boleh muat turun download semua aplikasi
Guna OS terkini (Android Jelly Bean)
Kualiti terjamin
Boleh guna aksesori original (case, S pen, bateri, dll)
Spesifikasi hampir sama dengan original

Made In China
Skrin sesentuh tidak sensitif
Banyak aplikasi tidak boleh download
Guna OS java
Tidak berkualiti
Tidak semua aksesori original boleh digunakan
Spesifikasi sangat rendah

oke .. dah tau nak pilih yang mana ? so cepat-cepat la usha page kat bawah nie , macam-macam brand ade.FYI diorang jual handphone clone korea .. dan kualitinye bagus


antara testimoni 

  

antara brand yang dijual

 
 
  

so apa lagi kengkawan .. grab la satu . . bagi yang kurang mampu tapi nak pakai handphone mahal-2 baek pilih clone korea jelah . pakai handphone ori pun lama-lama rosak jugak.*untuk yang tak pandai jaga

untuk pertanyaan lanjut 
 call/sms/whatsapp 019-363 0020 (wan/teha)



Rabu, 6 November 2013

Penyakit Bitstrips sedang melanda

Assalamualaikum,,

Jangan terkejut baca tajuk entry yew .. hehe saje je nok propa siket , bagi yang belum tahu apa itu Bitstrips maybe terkejut kot , penyakit apa la yang bernama Bitstrips tu kan , bagi yang dah tau sila la buat-buat tak tahu kehkeh..sebenarnya Bitstrips bukanlah satu penyakit tetapi adalah satu aplikasi yang sekarang nie tengah top,sampaikan nak install pun macam siput .

Apa itu Bitstrips ?

Ianya adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang sudah di lancarkan pada awal tahun ini. Bitstrips menjadi antara aplikasi yang terbanyak dimuat naik di Android pada minggu lepas dan mendapat menjadi aplikasi nombor satu di App Store untuk iPhone. Ianya begitu popular sehingga memberi kesan overload pada servernya. Sekarang ini pun di website Bitstrips tidak boleh di akses. (Salinan petikan oleh http://azstory311.blogspot.com/)

Apa fungsi dan ke'sedap'an apabila berbitstrips?

Dengan aplikasi ini, kita boleh buat avatar kita sendiri dalam bentuk komik. Kita boleh pilih gaya rambut, badan, baju, dan bermacam-macam lagi untuk membentuk diri sendiri dalam versi komik. Sekarang siapa tak pandai melukis komik diri sendiri pun dah boleh dengan adanya aplikasi Bitstrips ini.(Salinan petikan oleh http://azstory311.blogspot.com/)

hambek kau baca nie plak ..


  • Design cartoon versions of yourself & your friends
  • Put your friends in hilarious comics where anything can happen
  • Show how you’re feeling with cartoon status updates
  • Choose from 1000+ customizable templates, plus new ones daily


Macam mana plak rupa bitstrips ?

Bistrips App

Bitstrips - screenshot thumbnail Bitstrips - screenshot thumbnail 

Bitstrips - screenshot thumbnail Bitstrips - screenshot thumbnail

Kat mana nak donload ?
Now . . kat Facebook pun ada taw :) klik sini






Review : Garnier OilClear Self-Heating Sauna Mask


Assalamualaikum..

Semalam p bandar n teringat plak nak beli mask ,pastu pegi la dekat watson dan ade satu 'peristiwa' *peristiwa lah sangat kan , time tu sue duk belek-2 la mask mane yang elok untuk dipakai sebab muka sue nie memang muka berminyak . kalau bangun tidur mesti penuh satu muka minyak boleh masak telur lagi ha *tipu je , kan alang-2 minyak naik nie kan nak je guna minyak muka .. hehe apa aku merepek meraban nie , okew sambung citer pastu kan ade sorang kakak kot , sebelum tu sue dah belek-2 la mask garnier nie , then sue letak balik sebab tak confident nak try yang garnier punye . . 

pastukan lepas sue letak je garnier mask nie kakak yang tadi tu terus amek n then chow (nak p kaunter) , sebelum tu kakak tu dah usha-2 dekat belakang sue , dalam fikiran sue , kakak nie mesti dah lama guna garnier mask nie sebab dia tak belek-2 pun dan terlintas di fikiranku bahawasanya garnier mask nie maybe okew untuk sue.maknanya kakak tu dah biasa pakai n dah beli banyak kali . ini andaian je ken .. dan sue pun beli la satu untuk percubaan ,,

kat bawah nie adalah rupe packaging garnier mask ..

pinjam dari gugel


Amekkau , mukaku setelah dieksperimenkan , hehe .. lepas siap2 mandi terus pakai .muka fresh2 gitu


pendapat :

1.sedikit melekit
2.mask berwarna biru
3.harganya tak mahal sangat
4.lepas pakai kite akan rasa sedikit suam dekat muka , namenye pun self-heating sauna kan.so memang rasa sangat best
5.kena basuh banyak kali sebab susah sket ak tanggal.
6.lepas dah basuh ,, perghh memang lembut je rasa kulit.

jadi kepada sesiapa yang memang ade masalah kulit berminyak macam sue . memang i recommande this product , bagus untuk kulit berminyak , juga boleh kurang kan pores anda ye ,,

Harga Rm 5.90 kot ,lupe dah . . boleh beli dekat watson .


Selasa, 5 November 2013

apa itu GST dan apa kesannya pada rakyat kelak ?



GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Taxadalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

7 poin mengenai GST

1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.

2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.

3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.

4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.

5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).

6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.

7. Beban akhirnya ialah pengguna.

Nak tau lebih lagi ? moh bace sini.


Isnin, 4 November 2013

Sem Break Giveaway by Ieyra Ghani




20/10-18/11


cara lajukan laptop guna notepad

Assalamualaikum..

tak tau dah nak update pasal ape , tibe=2 teringat pasal trick nie , dapat tau pun daripada blogger lain dan ianya sangat menjadi bagi laptop korang yang sangat lambat , macam biasanya kalau korang nak bukak folder mesti ade sesetengah yang loading kan , kadang-kadang sebab dah full memory tu , so kat sini sue tunjukkan cara nak buat .. tak perlu install ape-2 software dan ianya hanya guna notepad yew .. maybe dah ramai yang dah tau tapi nak citer jugak . hehe

1.okeh mula-2 haruslah bukak notepad dan copy paste code ini di dalam notepad korang tu

mystring=(80000000) 

macam gambar bawah nie


2.step kedua pulok , save kan dekat (C:) dan pastikan save sebagai (.vbe) yew . . dan pilih ALL FILES.




pastikan jadi macam gambar bile dah save :)

3.Last step , lepas dah save pergi dekat (C:) then double click .. okeh ..dah boleh tengok magic ..



Selasa, 29 Oktober 2013

Anniversary Giveaway by Anadiera


Syarat Untuk Peserta daripada Anadiera :





  • Buat entry yang bertajuk 'Anniversary Giveaway by Anadiera'

  • Copy URL dibawah dan paste ruangan HTML di blog korang

  • Follow blog Anadiera dan like Fanpage anadiera di sidebar :)

  • Pastikan anda mengikut kesemua syarat samada daripada hanna / sponsor . jika tidak penyertaan anda dibatalkan !



  • Pengumuman Untuk Peserta Giveaway :


  • Tarikh tutup giveaway pada 10 November 2013

  • Pemilihan pemenang berdasarkan Jumlah TAG paling banyak dan TOP REFFERAL .Selebihnya menggunakan random.org

  • Pemenang akan diumumkan pada tarikh 12/13 November :)



  • Review : Doodle Muslimah Pegang Beg

    Assalamualaikum

    Malas nak buat entry panjang-panjang , alang-2 tak leh nak lelapkan mata sue buat la satu doodle muslimah , jom tengok ..



    okeh,, saje nak cakap sue adalah student politeknik sultan mizan zainal abidin dungun terengganu jyeeaah :) 

     btw ramai *sesetengah* student U yang memperlekehkan student politeknik , awat apa kurangnye kami *sodeh den.dekat mana-mana pon tempat kite belajar same je oke,takdak istilah budak U cerdik 'sangat' nak dibandingkan dengan budak politeknik , malas nak cakap banyak aiihh ,, p gugel sendiri apa kelebihan belajar kat politeknik , apaepon belajar kat mana-mana pon boleh berjaya kbaaiii *NGANTUK*



    Isnin, 28 Oktober 2013

    Sakit pulak hati kite

    Assalamualaikum tak jawab dose kalau jawab sayang . . mueheh

    Hari ni rasa dah membuak-buak kemarahan dan sedang hangat membara , sue pantang betol kalau ada yang jenis tak faham bahasa letak link ads macam says.com , churp-2 and so on dekat cbox then buat ayat "eh blog u cantik la " "done follow sini" "come visit me dear" , tau la ayat-ayat tu membuatkan kite lagi excited nak klik link tu sebab nak tengok sapa yang puji-2 kite tu kan , last-last bile dah tekan HAMPEH link ads yang ko letak , time tu memang sue dah makin hamun bagai nak rak , n then cuba la korang yang anon-2 nie fikir apa yang terjadi dengan duet yang korang dapat daripada cacian dan makian para-para blogger yang tertipu.cubala fikir sikit , tau la nak cari duet n nak dapat earning yang banyak dengan cepat , tapi fikir la dulu halal haramnya .

    Hadooii nak membebel banyak-banyak pun bukannye korang paham , lagi korang buat ade la , jujur sue cakap memang sue tak suke benor ade link ads dekat cbox , sue rasa blogger lain pun macam tu , kalau nak suruh klik pon at least cakap la "tolong klik link ads saya boleh?" hah tak ke sopan sikit , yang tukang klik tu pulak takde la nak maki hamun hang , lagi satu banyak blog yang bagi tips cara-cara nak dapat earning dengan cepat dan banyak , pegi la google , nie tak shortcut jugak korang pilih yew .

    maaf yew membebel sikit , kalau tak buat entry nie korang mungkin tak berubah, tu pun belum tentu la ada yang berubah lepas baca entry nie kan , belum letak dalil halal haram lagi , malas la nak letak , kang cakap bajet ustazah plak , biar la korang pikir sendiri yew , dah besar kan . . dah jadi mak ayah orang dah pun *kalau ade la .Ingat ye satu klik seguni makian yang korang dapat dari haku , haaa berani letak la lagi , sue haramkan sape-sape letak link ads kat cbox , lantak la nak cakap ape pun kan , dah korang buat care gitu sapa yang tak sakit hati.

    Sekali lagi pless jangan letak link ads dekat cbox , dah tulis terang-terang dekat atas cbox "link ads adalah diharamkan " hurmm,,ade jugak yang letak , ke tak paham bahasa melayu , ingat yew duet tu tak halal kalau korang buat dengan cara yang salah , duet yang korang dapat untuk beli makanan atau ape-2 akan sebati dalam diri korang sebagai TAK HALAL .. u know TAK HALAL ? thats mean HARAM!!marah sangat dah nie .

    P/S : Pless Fikir-fikirkan balik ye si ANON.

    Sabtu, 26 Oktober 2013

    Mega Giveaway By Iman Zakaria & Faris Farizat

    Assalamualaikum


    Tarikh Tamat

    1 November 2013




    best giveaway by farah

    Assalamualaikum..


    hadiah
    • boucher RM5 by ah k-shop
    • topup rm5 by faaiz
    • exo cards x2 by panda kpop shop
    • topup RM10 dan RM5 x2 by 
    • topup  x2 by yeanna
    • sticker x1 by farah
    • topup RM5 x5 by amelia
    • topup RM5 (celcom/umobile)  x2 by asyha
    • 1x super junior bonamana B by milky uyu kpop store
    • 1x EXO growl hug version by milky uyu kpop store
    • 1x super junior MR simple version B by milky uyu kpop store
    • 10x kpop offical poster randomly by milky uyu kpop store
    • 2x black shishedo mask

    Tamat ; 28.10.2013 


    Senarai software yang menumpang dalam laptop [siri 1]

    Assalamualaikum..

    Nak share software yang sue pernah install and software yang wajib and software yang sue selalu guna and software yang berguna andd ??? oke takde dah muehehe



    Hah..amekaw nie la senarai software yang antaranya sue masih guna sampai sekarang n then ada jugak sue install pastu uninstall balik sebab macam memberatkan laptop dan tak berguna sangat / jarang guna.


    Oke first nak review pasal sofware yang sue install and guna sampai sekarang .. yang basic-2 macam google sue tak review la okehh 

    tapi kali nie nak review 3 je dulu , nanti sue update :)

    1.Freemake video converter

    Fungsi :
    - untuk converte video dalam bentuk AVI, MP4, WMV, MKV, FLV, 3GP, MPEG, DVD, Blu-ray, MP3, iPod, iPhone, iPad, PSP, Android, Nokia, Samsung, BlackBerry. 
    - Size 14,29MB 
    - Percuma
    Windows XP/Vista/7

    Pendapat :
    - sue sarankan install lah software nie , sebab ade sesetengah software kalau nak converte video mesti kene online dulu , leceh la kalau takdak wifi time tu kan , dan software ini tak perlukan online / wifi bile-2 je boleh converte.Interface dia pun sangat comel .. sukee >_<

    Printscreen:

    Credit : Google


    2.Snipping Tools

    Credit : Google

    Fungsi :
    - Printscreen dekstop

    Pendapat :
    - senang nak guna dan kita boleh crop je mana-2 part yang kite nak dengan senang then save kat mane nak.

    printscreen:

    Credit : Google


    Credit : Google

    Create HD quality stunning videos for YouTube
    Credit : Google

    Fungsi :
    - rekod apa-2 aje pada screen laptop
    - Kesan kursor dan  webcam

    Pendapat :
    - senang nak guna , boleh tetapkan bahagian mana yang nak kite rekod video tu , oke la.


    setakat nie software yang penting itu aje , macam photoshop , photoscape semua dah tau kan terasa malas rajin plak nak review , ekeke oke kat bawah nie senarai software yang mungkin korang rasa / terasa nak install , tapi sila gugel sendiri yew fungsi advance dia , biasalah orang rajin memang macam nie muehehe.

    1.Comodo Dragon (Browser *adik beradik Google Chrome)
    2.Vmware Player (untuk boot OS lain tanpa kacau window sedia ada)
    3.Bsplayer (video/music player)
    5.rainlendar (kalendar + nota peringatan) 
    6.teracopy (untuk melajukan proses copy/paste)
    7.kmplayer (video/music player)
    8.mpcstar (video/music player)
    9.zune (mp3 player)
    10.zune (skin pack)









     
    All right reserved by seuleira @copyright protected