Jumaat, 15 Februari 2013

tanda-tanda sebelum sakaratulmaut

Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

•  Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Khamis, 14 Februari 2013

Tutorial header bentuk awan #2

Assalamualaikum . . alhamdulillah akhirnye siap juge tutorial ni yang direquest oleh,,ermm sorry lupa nak printscreen dan nak save website yang request tuto nie,,maaf yew . .tuto ni adalah kesinambungan dari tutorial ini so korang bolehlah gabungkan tuto 1 dan 2 ini untuk membuat header korang dengan lebih cantik,,k jom start ,,kali ni biar gambar yang berbicara..

First

Second

Third

Simple kan,,dah siap :)

Ahad, 10 Februari 2013

Fabuloous Giveaway

jom-jom join cepat..rugi tak join taw,hadiah yang sangat menarik,boleh tengok bawah :),,kalau nak join tekan banner taw.

contest blog comel

klik banner

Hadiah
1) Tempat pertama: Bedak arab+ Celak arab
2) Tempat Kedua: Satu Set Krim kologen*Rm55*
3) Tempat Ketiga: Bedak Arab
4) Tempat Keempat: Bedak Arab
5)Tempat Kelima: Celak Arab
6) Tempat Keenam: Celak Arab
7) Saguhati: Review 3 blog

Jenis gaya apabila beronline

Cuba tengok,,korang yang mana satu?macam-macam gaya kan..sue rasa semua tu korang pernah buat,yelahh bila dah bosan or lenguh duduk gaya tu,lepastu duduk gaya lain pulak kan,,haha..yang no 7 tu macam pelik jew :3

Jumaat, 8 Februari 2013

Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah putus

Terbaru, Sharnaaz ahmad mengatakan segala permohonan maaf melalui emel yang dinyatakan Shila adalah hipokrit dan beliau langsung tidak mengetahui mengenai hal itu.
“Tak payah nak hipokrit!,” tegas pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika ditanya mengenai kenyataan kekasihnya, Shila Amzah, berhubung kemelut yang mereka alami.
Shila yang kini berada di kota Shanghai, tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku antara Sharnaaz dan bapanya, ND Lala menerusi e-mel kepada pihak media.
Menerusi kenyataannya itu, Shila, 23, tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Namun sebagai anak dan kekasih, dia mengharapkan segala kekusutan yang timbul segera berakhir.
Bagaimanapun, Sharnaaz, 28, yang dihubungi Sinar Harian mengakui tidak tahu menahu mengenai e-mel dari kekasihnya itu.
“E-mel apa pula ni? Saya tak tahu apa-apa dan malas nak layan. Semuanya propa saja!”
“Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan.”

“Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.”
”Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,” tegasnya.
Diajukan tentang hasratnya untuk merisik Shila pada Mac ini, pelakon Ruby ini berkata, dia terpaksa membatalkan hasratnya itu.
“Saya tidak akan hantar rombongan merisik.

Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.

Saya tak pasti dan hanya berserah,” kata pelakon drama Bukan Bidadari ini.
Ditanya lagi apakah hubungannya dengan Shila sudah berakhir, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.
“Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi.

Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi,” katanya dengan nada yang kecewa.

Nelydia Senrose dan kembarnya

cuba korang tengok. .sama kan,kembar la tu kan walaupun pada hakikatnya diorang hanyalah adek beradik tetapi bukan kembar ayng diwar-warkan..terkejut la tu :3

Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 20 tahun ialah kakak kepada Nelydia Senrose ( Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen), 18. Sedap sedap nama depa ni. Antara Uqasha dan Nelydia, adiknya lebih aktif berlakon dan dikenali berbanding kakaknya Uqasha. Uqasha ada muncul sekejap dalam drama Setia Hujung Nyawa, muka seiras dengan adik dia.
Uqasha dan Nelydia, anak kedua dari 7 beradik, anak kelahiran Kelantan juga merupakananak saudara kepada pelakon era 80-an Rosnah Mohd Noor(bekas isteri Iwan dangdut). Wajah memang seiras jugak dgn mak sedara diorang ni, lembut ayu je.
Tahun 2010, Uqasha telah dilanda kontroversi dengan Nabil Raja lawak, hingga ke mana dia pergi orang menggelarkan Uqasha Nabil.
Jika boleh Uqasha tidak mahu lagi dilabelkan dengan panggilan itu dan dia tak mahu dibayangi lagi dengan nama Nabil.. dia mahu dikenali kerana bakat lakonan.
Kerjaya Uqasha
Selain menjadi peramugari di Air Asia, Uqasha juga model iklan dan pelakon.
Uqasha atau panggilan manja Qasha pernah  berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM), Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD).  Qasha juga merupakan seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinomoto.
Impian Qasha, dia mahu berlakon di samping Shaheizy Sam. Sejak berusia tujuh tahun lagi dia berangan untuk menjadi pelakon. Entah apa yang difikirkan, tetapi ketika itu yang bermain di kepala hanya keseronokan menjadi pelakon selain mendapat bayaran berupa gaji yang pastinya tidak mampu dimiliki oleh kanak-kanak lain seusianya.
Dorongan kuat dari keluarga dan juga adiknya Nely, membuatkan Qasha ingin berjaya dalam bidang lakonan juga.
Gambar Uqasha Senrose …kdg2 tertukar mana satu Uqasha mana satu Nelydia

ini adalah gambar adik beradik nelydia senrose,mesti bestkan semua pompuan .

ce teka ni nelydia ke kakak dia .. :)

Terbaru video Shila Amzah menangis

ASSALAMUALAIKUM . . sebelum korang tengok video ni cuba korang fikir apakah perasaan korang apabila berada di tempat SHILA AMZAH.Adakah korang akan buat macam dia,inilah realiti kehidupan seorang artis kan.Bila dah berjaya banyak pulak kontroversi.Tak boleh nak salahkan dia jugak,dia hanya manusia biasa yang ada perasaan dan perasaan tu tak boleh nak diluahkan melalui cara lain,bagi sue tak perlu kot nak nyanyi-nyanyi camtu,tapi sue jugak turut bersedih apa yang berlaku pada SHILA AMZAH :3

Khamis, 7 Februari 2013

First Giveaway by MarshMallow

click banner

Komen double triple ikhlas untuk blog MARSHMALLOW

1. Background

Bagi sue background tu hak citarasa masing-masing,so berkenaan background tak nak komen sangat just okew,cantik jew..kene dengan tema tapi sue bagi cadangan je kalau guna background kad bawah ni cute jugak,hehe.sorry cakap berbelit-belit..sekadar pandangan ye,,,

http://media.tumblr.com/tumblr_lyn1q6jU901ql6slc.png

http://www.evelynsplace.kit.net/paterns/multimini7.gif

2.Header

Bahagian header pulak sangat simple tapi cute,kalau awak nak saya editkan header yang ada marshmallow untuk awak saya boleh buatkan aww aww.Tapi header awak yang sekarang pun dah okew :)

3.Entry

Berkaitan entry takdak masalah..everything okew.tak perlu ubah apa-apa sebab dah okew *kadang-kadang jadi juri best jugak :)

4.Sidebar

Bahagian sidebar pulak saya suggestkan jangan letak bende-bende yang boleh memberatkan blog anda,contohnya gambar yang banyak,gadget-gadget yang tak penting.Bila orang nak mai singgah kat blog kita then terlalu lama loading akan menyebabkan si pengunjung terus p kat pangkah sebab malas nak tunggu lama.

cadangan untuk sidebar

kalau awak nak kongsikan gambar awak tapi taknak memberatkan blog awak,awak boleh buatkan satu page,so awak boleh letak gambar kawan ke,boyfie ke mak ayah ke kan.Dengan cara ni blog awan takkan jadi berat.

Untuk wishlit tu saya cadangkan tak payah letak sebab ia adalah satu sebab blog awak akan jadi berat,ini hanya pandangan saya :) .

Ada beberapa cara untuk buatkan bahagian sidebar awak nampak kemas dan tak serabut,saya tak bermaksud sidebar awak nampak serabut,ini hanya cadangan :) . .

>>first guna cara navigation 3 tab..awak boleh cuba ikut tutorial ini http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/07/tutorial-tabbed-widget-mudah-tab-3.html

>> second boleh guna cara dropdown menutab ikut tuto ini http://liyaabloggies.blogspot.com/2012/07/smile-please-bonjour-welcome-to-my-site.html

5.Scrollbar

Saya cadangkan awak letak scrollbar di tempat komen,sebab apabila terlalu ramai yang komen pada satu entry,,body blog awak automatik jadi panjang..faham kan??

rasanya itu jew kot cadangan atau komen,firstly nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa yew,ini hanya cadangan atau komen yang ikhlas dari hati yang tulus *cewwaahh . .maaf entry panjang sangat yew :)

Lastly : Nak tag >> http://aliyatralala.blogspot.com/

Tutorial slide down network tabs

Tumblr_mhuteq9pk41r8rt3po2_500_large

ASSALAMUALAIKUM . . Saje nak share tuto nie,,base code bukan sue punyer :3

Template Designer

Layout  Html/JavaScript
kalau nak copy sila tekan CTRL+C

<caviar>NETWORKS</caviar>

credit : HTMLHELP

Hijab terbaru serupa rambut palsu

Sejak memasuki era tahun baru yang semakin maju ke depan ini, fesyen berhijab semakin mendapat perhatian ramai.
Jika dilihat di dalam majalah ataupun internet, memang banyak info-info mengenai cara bagaimana mahu menggayakan fesyen bertudung ini dipaparkan.
Tetapi inilah yang terjadi apabila manusia terlalu kreatif dengan cara pemakaian hijab, sampai tidak mengikut garis panduan Islam.
Terbaru, ada fesyen berhijab dengan menggunakan rambut palsu!
Sebenarnya jika dilihat dengan teliti, ia adalah kain yang direka bentuk seperti rambut palsu.
Di Malaysia ini, mungkin fesyen sebegini masih belum sampai lagi, tetapi jika tidak silap di Indonesia memang sudah ada.
Lihat gambar di bawah ini.. Apa kata anda?

CREDIT : NEWSHUB

All right reserved by seuleira @copyright protected