Ahad, 31 Mac 2013

‘Lelaki Hamil’ Gagal Bercerai




Phoenix – Seorang hakim menolak tuntutan cerai daripada lelaki yang asalnya wanita dan melahirkan tiga anak selepas berkahwin.
Hakim mahkamah keluarga daerah Maricopa, Douglas Gerlach menegaskan bahawa larangan perkahwinan sesama jantina di Arizona menyebabkan perkahwinan sembilan tahun Thomas Beatie tidak boleh disahkan.
Beatie dilahirkan perempuan tetapi menjalani pembedahan untuk menjadi lelaki. Bagaimanapun, dia masih mengekalkan organ pembiakan wanita dan melahirkan tiga anak.
Gerlach berkata, dia tiada kuasa untuk meluluskan perceraian kerana tiada bukti mencukupi menunjukkan Beatie adalah lelaki ketika dia mengahwini Nancy di Hawaii. Menurutnya, pasangan Beatie tidak pernah memberikan rekod yang dapat menjelaskan apa yang sebenarnya telah dilakukan Beatie untuk menjadi lelaki.
Jurucakap Beatie, Ryan Gordon berkata, komen hakim itu mengejutkan dan Beatie bercadang merayu keputusan itu.
Menurutnya, Beatie berkahwin sebagai lelaki secara sah dan tidak disyaratkan untuk mendedahkan bahawa dia mengekalkan organ pembaikan wanita ketika memohon dan memperoleh sijil kelahiran baru di Hawaii sebagai lelaki.
Dia berkata, Beatie menghentikan rawatan testosteron agar dia dapat melahirkan anak.
“Malang sekali kerana hakim di sini tidak mengiktiraf perkahwinan di negeri lain,” katanya.
Beatie benar-benar mahu mengakhiri perkahwinannya.
Bagaimanapun, hasratnya tertangguh apabila Gerlach mengatakan dia tidak dapat menemui klausa dalam undang-undang yang mendefinisikan lelaki boleh melahirkan anak.
Thomas Beatie yang dikenali sebagai “Lelaki Hamil” dilahirkan sebagai Tracy Lehuanani Lagondino di Oahu, Hawaii.
Dia berkahwin dengan pasangannya Nancy pada awal 2003 di Honolulu dan hamil kerana Nancy tidak dapat melahirkan anak. Beatie melahirkan anak yang kini berusia empat, tiga dan dua tahun selepas hamil melalui sperma yang didermakan. Pasangan itu kemudian berpindah ke Arizona.
Beatie mendapat liputan meluas media, tampil dalam rancangan bual bicara seperti Larry King dan Oprah Winfrey serta memenangi tempat dalam senarai “10 Individu Paling Mempesonakan” Barbara Walters pada 2008. – Agensi


Sabtu, 30 Mac 2013

Telefon di tapak kasut


kasut hp

Seorang pereka berusia 41 tahun, Sean Miles telah menghasilkan hasil rekaan terbarunya dengan mengabungkan telefon lama dengan kasut. dijual pada harga RM10,000 sepasang Jadi selain daripada telefon dalam poket anda, anda juga mempunyai telefon di tapak kasut anda. 







sumber : FB


Tahukah anda ?





Hargailah Ibu Dan Isteri Anda Dan renung-renungkan..


Jumaat, 29 Mac 2013

Lelaki berpakaian wanita kemalangan teruk




Seorang lelaki yang berpakaian hanya dengan mengenakan coli dan seluar dalam, cedera parahapabila keretanya terbalik di hadapan Hospital Sentosa berhampiran Kota Sentosa.

Lelaki seksi itu dipercayai memandu dalam keadaan tidak normal, mungkin mabuk atau khayalsebelum keretanya terbabas ke dalam pagar berhampiran pembahagi jalan pada kira-kira 12,20pagi. Mangsa yang berusia 26 tahun yang bersendirian, dibantu oleh pegawai perubatan dandikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.


Saksi-saksi yang mahu membantu, kelihatan bingung melihat beliau dalam keadaan separatelanjang. Keretanya rosak teruk dan mendarat di sebelah jalan





sumber :http://www.sarawakupdate.com.my/




umur 14 tahun tapi fizikal seperti 100 tahun








Khamis, 28 Mac 2013

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April




Tekan banner untuk join >_<

Fiz tanya kenapa nak masuk dalam bloglist fizgraphic ?

Sue jawab

First sekali sue join sebab sue selalu jugak mai terjah blog fiz nie,ada jugak ikut tutorial yang fiz buat,sue suka tang 'duckface' tu . . setiap kali masuk blog fiz memang p kat situ , main hover-hover,hehe nak buat sendiri tak reti . kadang-kadang suka sesorang .. haha,okew tak lawak tapi lucu sket ja,jangan amek hati noh,kak ton suka  .. >_<

Second sue rasa blog sue tak la cantik sangat tapi yang paling penting bab entry la orang akan tengok dulu kan,so font yang sue gunakan untuk entry tu sesuai la kot,senang orang nak baca,terang je,tapi kalau entry tak best tak memukau takdak jugak orang baca kan.Walaupun sue ade copy dari blog lain sue tak lupa untuk creditkan .Sue rasa orang lain pun buat camtu .Sue nak kekalkan 'suasana' blog yang kemas dan simple je,kalau serabut-serabut sangat takut nanti xdak yang nak masuk blog kita plak kan , satu lagi fiz rasa blog sue lambat loading tak ? kalau tak,ade kemungkinan blog sue layak tuk jadi bloglist fiz .. haha ,,sukehati kak ton je kan ..

Third setakat nie setiap hari sue akan update entry , kadang-kadang sehari 2 kali .maklumlah nak update banyak-banyak tak berapa nak ada masa sebab sekarang tengah praktikal,curi-curi masa ja update kat pejabat . . bizi mengalahkan najib  pm kan aku nie .. hoho.

okew ,,done claapp !! claap !!





Rabu, 27 Mac 2013

Kini aku bahagia selepas 3 kali kahwin





BERPELUANG berbual dengan wanita lebih separuh abad ini, ternyata terlalu banyak pahit maung yang terpaksa dihadapinya dalam rumah tangga sebelum akhir berpeluang mengecap kebahagiaan.
Hanya mahu dikenali sebagai Saadiah, 66, dia tidak keberatan berkongsi cerita hidupnya jika kisahnya boleh dijadikan teladan pasangan muda hari ini.

Kini walaupun sudah hampir dua tahun suami ketiga yang dikahwini ketika usia mencecah 40 tahun telah pergi meninggalkannya, kenangan indah mereka berdua sentiasa di hati biarpun dia cuma isteri kedua.
Tempoh 14 tahun bergelar isteri kedua, Saadiah tidak pernah terasa disisihkan, malah suaminya sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan membahagiakan rumah tangga mereka.
Bercerita lanjut tentang kisah pahit dan manis hidupnya dalam mencari kebahagiaan, dia mengakui pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilaluinya sebelum benar-benar mengecap bahagia bersama-sama suami ketiganya.

Suami pertama yang dikahwini ketika Saadiah berumur 17 tahun adalah seorang polis. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 18 bulan apabila suaminya terbunuh ketika menentang komunis di Sarawak.
“Ketika itu, perasaan sedih tidak dapat dibendung kerana dalam masa yang sama saya sedang mengandung lapan bulan anak sulong kami. Namun, ketentuan itu diterima dengan hati yang terbuka," katanya.
Tambahnya, tempoh 10 tahun dia hidup sebagai ibu tunggal membesarkan anaknya seorang diri dengan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup.
“Pelbagai pekerjaan saya lakukan ketika itu untuk menyara hidup seperti berniaga secara kecil-kecilan dan menjadi pembantu kantin di asrama badan beruniform di Kuala Lumpur.
“Ketika itu, segala susah dan senang sebagai ibu tunggal ditanggung seorang diri, memandangkan selepas kematian suami tiada keluarga yang tampil membantu," katanya.
Selepas 10 tahun menjanda dan hidup keseorangan, Saadiah telah bertemu jodoh buat kali kedua juga dengan seorang anggota polis yang kebetulan kenalan yang dikenali semasa arwah suami pertama masih hidup lagi.

Ujarnya, tiada siapa dapat melawan ketentuan Ilahi, apabila perkahwinan dengan Ramli (bukan nama sebenar ) hanya mampu bertahan selama 12 tahun.
“Hasil perkongsian kasih ini, kami telah dikurniakan tiga cahaya mata comel. Di awal perkahwinan, Ramli seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
“ Namun, lama-kelamaan beliau semakin alpa dan lupa tanggungjawabnya memberikan nafkah kepada kami sekeluarga.

“Oleh kerana ketika itu saya bekerja, maka segala urusan dan perbelanjaan rumah saya tanggung sepenuhnya.
“Tidak hanya mengabaikan nafkah, malah Ramli juga menjadi seorang yang panas baran dan kaki pukul apabila berlaku perkara yang tidak disukainya," kata Saadiah.

Tambahnya, beberapa kali juga apabila mereka bertengkar Ramli akan melemparkan perkakas rumah sambil memaki hamun dengan perkataan yang menjijikkan.
“Barannya itu semakin menjadi-jadi terutamanya jika dia mempunyai masalah di pejabat. Namun, kerana sayangkan perhubungan tersebut dan mengenangkan anak-anak yang semakin membesar saya berusaha untuk bersabar dengan kerenah tersebut.

“Sehinggalah apabila mengetahui Ramli telah berkahwin lain, saya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya. Akur dengan keputusan itu, Ramli telah menceraikan saya dengan talak satu," katanya.
Saadiah berkata, selepas kegagalan kali kedua dalam rumah tangga, dia tidak pernah serik untuk berkahwin lagi, malah sentiasa berdoa dikurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
“Dua tahun selepas itu, tanpa diduga saya telah berkahwin dengan Rahman (bukan nama sebenar), seorang lelaki yang juga rakan yang bekerja di tempat sama.
“Hati saya terbuka untuk menerima lamaran tersebut kerana saya yakin akan bahagia menjadi isterinya kerana perwatakan Rahman yang lembut dan bertanggungjawab.
“Mulanya hubungan kami berdua biasa-biasa sahaja sebagai rakan sekerja. Seringkali juga ketika ada masalah dengan bekas suami kedua, saya banyak mengadu dan mendapatkan nasihat daripadanya.
“Tidak terdetik suatu hari nanti saya akan berkahwin dengannya, kerana ketika itu saya tahu dia bahagia dengan isteri dan anak-anaknya," kata Saadiah.

Ujarnya lagi, perkahwinan dengan Rahman mendapat restu dari isteri dan anak-anaknya.
Walaupun menjadi isteri kedua, Saadiah benar-benar bahagia kerana suaminya sentiasa bersikap adil dan banyak membimbing bagi mendekatkan lagi diri pada Allah SWT.
“Saya berpeluang menjadi isteri keduanya selama 14 tahun sebelum dia meninggal dunia. Perasaan bahagia dan bersyukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana dikurniakan seorang suami yang baik walaupun ketika usia saya hampir senja.

“Sehingga kini, walaupun sudah dua tahun arwah meninggalkan kami sekeluarga, tetapi hubungan dengan isteri pertama dan anak-anak tetap baik dan mesra.
“Buktinya, pada tahun lepas kami bersama-sama menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci," katanya.



sumber : Utusan



Rayuanku ditolak akhirnya ke tali gantung



APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Menurut sumber Abe, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih sumber Abe ingatlah.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ ceritanya lagi.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut sumber Abe, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut sumber Abe, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepadanya. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

sumber : http://www.queachmad.com/


Selasa, 26 Mac 2013

21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu!



PUTRAJAYA –  Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan pada Selasa, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.
“Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.
“Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri,” katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira ‘Operasi Daulat’ oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.
Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.
“Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.
“Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran,” katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.
Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.
“Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan,” katanya.
Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.
Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.
“Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.
“Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh,” katanya.
Kisah Benar Insp. Hasnal Yang 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu!
Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan.
Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.
Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.
Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.
Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.
Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu.
Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.
Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk “Ayahku Seorang Perwira” hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin. BERNAMA

sumber : mynewshub





Isnin, 25 Mac 2013

Nora Danish & Rusdy Ramli di ranjang



Screen Shot 2013-03-26 at 12.24.33 PM
Segar mata kami pagi ini apabila sebuah babak ranjang Nora Danish & Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, ‘Mencari Cinta’.
‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.
Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.
Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan? 
Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.
Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.
Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.
Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.
Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013. Saksikan trailer selepas ini.

sumber : OhBulan


Bayi dilahirkan dalam peperangan





LAHAD DATU, 24 Mac (Bernama) -- Baru dua jam melahirkan bayi, seorang ibu
terpaksa melupakan kesakitannya demi menyelamatkan bayi dan dua lagi anaknya
daripada serangan pengganas militan yang menceroboh Kampung Tanjung Labian 3 Mac
lepas.
Adawiyah Jannah Maulaha, 25, berkata beliau dan tiga anaknya itu menaiki
lori bersama penduduk kampung lain selepas kampung mereka diserang pengganas
militan dari Sulu itu.
"Masa tu suami berada di luar kawasan dan kami bertemu di pusat pemindahan
ini," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat
17, dekat sini.
Adawiyah Jannah berkata beliau melahirkan bayinya pada pukul 6.30 petang dan
ketika berehat kira-kira dua jam selepas itu, beliau mendengar penduduk kampung
menjerit "lari, lari".
"Saya bergegas ambil bayi dan dua anak lagi terus keluar dari rumah dan
menaiki lori.
"Semasa mula-mula tiba di sini, saya sedih dan menangis melihat keadaan kami
ini, tapi bersyukur kerana selamat," katanya sambil memberitahu bayi perempuan
yang dilahirkan itu kini berusia 21 hari dan diberi nama Wan Mauleyanana Amanie
Azzyati.
Beliau yang bersyukur kerana selamat daripada ancaman pengganas militan itu,
bagaimanapun berkata mereka rindu untuk pulang ke rumah dan berharap ancaman
pengganas Sulu dapat dihapuskan segera.


Jangan letak boleh tak !

Assalamualaikum . .

tadi sue singgah satu blog ni,sebelum kita boleh baca entry dia,dia suh kita like dulu page dia,okew so sue like je la ,then bila kita masuk blog dia kali kedua terpaksa la tunggu dalam masa yang ditetapkan untuk baca entry dia,sebab pa,sebab sebelum nie kan kita dah like , ,so kali kedua dah takleh like la . . sebab tulah jangan letak pop up facebook like macam tu nanti pembaca akan tekan button pangkah sebab malas nak tunggu lama..


kesimpulannya : jangan la letak dengan cara macam nie ,banyak lagi cara laen taw .. 



Maafkan aku kucing


6.00am

aku ternampak seekor kucing jalanan yg meminta makan di seberang jalan waktu hendak pergi ke sek waktu pagi..kucing tu kesejukkan dan kelaparan ..mengiaw2 seolah2 menangis meminta simpati..apakah daya aku hanya mampu memadang kucing tersebut penuh simpati.apabila aku panggil dia datang dekat mengesel-geselkan kan badan di kaki..makin di usap makin manja..minta didukung ..berdiri si kecil bila aku berdiri..minta di usapalahai macam mana nak gi sekolah bila ada kucing semanja ini...bas dah sampai..sementara menunggu giliran aku naik , aku pandang si kucing kecil dalam ramai2 org yg naik bas,mata kucing tu pandang aku...aduh sayunya hati..Sesekali aku menoleh ke arah si anak kucing.si anak kucing juga memandang dengan rasa sayu hati.aku tanamkan nekat di hati tengah hari nanti akan ku bawa makanan untuk kucing tu nanti...tunggu kakak balik ya sayang..bas datang dan terlalu penuh dan aku terpaksa berdiri.memang di waktu begini bas akan sentiasa penuh.kerana itu aku tak dapat bawa pulang si anak kucing.nak diletakkan si anak kucing di mana pula nanti?"andai saja aku dapat membantumu......maafkan aku si anak kucing...maafkan aku... "airmata aku itu kian membasahi pipi,cuba disapu airmata itu agar tidak dilihat orang.aku cuba menahan sebak.perlahan-lahan bas meninggalkan perhentian bas.perlahan-lahan jua si anak kucing hilang dari pandangan.namun wajah si anak kucing tak pernah hilang dari ingatan ku.

130pm

aku membawa pulang ikan goreng yg dibeli di kantin..siap aku buang tulang & gaulkan sekali..mesti si kucing kecil kenyang nanti..sampai di perhentian bas..aku tercari2...miaw.. miaw..la mana si kecil nieaku pangil lagi miaw miaw...lebih 1/2 jam mencari..aku tanya pada mamak jual paper dekat hentian bas..aku terangkan satu persatu colour bulu kucing tu..mamak tu pandang aku...hah sudah hati ku berdegup laju..mamak tu tunjukkan longkang besar tepi jalan ..aku terduduk kat situ jugak sayunya hati ...tenggok kucing kecil tu dah terkulai ...tak bernyawa lagi..aku terjun dalam longkang yg tak berair itu..untuk menyalamatkannya apakah daya allah lebih menyanginya..badanyan masih lembik namun sudah tak bernyawa...tak ada luka besar yang kelihatan kecuali kakinya dah terkulai patah...yaallah kesiannya nasibmu wahai kucing...mamak tu kata kemungkinan kucing nie kena langgar waktu melintas...aku dukung kucing tu bawa pulang ke rumah..sepangjang perjalanan menangis tanpa henti..15 minit berjalan kaki aku peluk sekuat hati..apalah nasibmu wahai si kecil ..sudahlah masih kecil, kesejukkan, kelaparan,,dilanggar sedemikian rupa..aku pahatkan doa..buat mu si kecil..ya allah dugaan apakah ini..sesampai dirumah aku kebumikan si kecil yg aku namakan putra...moga kau tenang disana..aku mengurungkan diri di dalam bilik.terasa kesal yang teramat kerana tak dapat membantu si anak kucing.lalu aku berazam di dalam hati,"aku berjanji wahai si anak kucing,aku akan membela kucing-kucing lain yang senasib denganmu"airmataku mengalir lagi,ingatan terhadap anak kucing itu semakin kuat.berulang kali aku menyalahkan diri..."andai saja aku dapat membantumu....maafkan aku....maafkan aku......"moga kau sentiasa dilindungi Allah S.W.T...."ingatan ku pada si anak kucing tetap terpahat hingga kini.mungkin si anak kucing kini di syurga.bermain-main dan melalui saat indah tidak seperti di dunia.setahun dah berlalu..seperti mana yang pernah aku azamkan suatu tika dulu,setiap kali aku terjumpa kucing yang terbiar,aku akan memberi kucing itu makan.jika ada kucing yang keadaannya terlalu menyedihkan,aku akan membawanya pulang.semakin lama semakin banyak kucing-kucing terbiar di rumah kupada ku itu tidak menjadi beban.mujur keluarga memahami...aku berbangga kerana kucing-kucing itu cukup mengenali akupulang dari kerja ada yang menyambut. aku dikelilingi si comel yg menghibur hati.hatiku gembira bukan kepalang.aku sentiasa berdoa dalam hati..."aku percaya mereka ini lah yang akan mendoakan aku kelak...inyaAllah......"hati ku sentiasa teringgatkan si kecil " putra" tiada yg mampu menganti tempatmu sayang..semoga suatu hari nanti dapat ku buka satu taman yg menempatkan kucing2 yg terbiar,,,itu azam ku suatu hari nanti..."maafkan aku si anak kucing,kerana di saat itu aku tak mampu untuk membantumu seperti ini.tenanglah dikau di mana saja kau berada...moga kau tahu aku amat mengasihimu! 


sekadar berkongsi


Bangun tidur ikut Sunnah






Ahad, 24 Mac 2013

Tentang Giffarine




  • Tahun 1996 - sekumpulan doc dan ahli farmasi bergabung tenaga dan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka dengan melakukan kajian dan menghasilkan produk yang berkualiti untuk penduduk Thailand.
  • Beberapa produk telah dihasilkan oleh mereka seperti kosmetik, rawatan badan, barangan keperluan rumah dan makanan tambahan.
  • Produk Giffarine dirumus khas dengan menggunakan bahan mentah bermutu tinggi dari dalam dan luar negara termasuklah bahan herba yang terkenal bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah bermutu tinggi.
  • Tahun ini, genaplah 15 tahun produk Giffarine telah berada di pasaran khususnya di Thailand.
  • Giffarine juga memiliki Lab yang khas untuk para saintis mereka menjalankan ujikaji keatas produk keluaran mereka. ini adalah untuk memastikan bahawa mereka dapat mengeluarkan produk yang bermutu tinggi pada masa hadapan.
 


FAKTA SYARIKAT GIFFARINE

1. Syarikat Giffarine adalah berada di kedudukan 73 antara 100 syarikat 
paling TOP di DUNIA .


2.Giffarine Thailand merupakan satu-satunya Syarikat di Thailand yang 
mendapat tempat di peringakt antarabangsa.


3. Mempunyai Kilang Sendiri bernilai RM70 juta di kawasan seluas 8 ekar


4. Jualan Giffarine mencapai angka RM500 juta pada tahun 2010 dan RM200
juta telah diagihkan dalam bentuk bonus


5. Pengasas Giffarine telah menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik Di
dunia pada tahun 2007.


6. Giffarine telah berada di 33 buah negara seluruh dunia.


7. Pengarah Urusan Giffarine Malaysia pernah menerima Anugerah Usahawan
Muda Kebangsaan (DUID) bagi tahun 2011


8. Giffarine Thailand mempunyai lebih 2000 jenis produk untuk dpasarkan.


9. Giffarine telah berusia 16 tahun dan tidak PERNAH sama sekali menukar Pelan
Pemasarannya. TERBUKTI telah melahirkan lebih 50 orang di Thailand yang
berpendapatan RM100,000 ribu sebulan.


10. Keahlian Giffarine Thailand telah mencecah 5 juta ahli dan keahlian Malaysia sekitar 


Jus Kunyit Gluta Curcuma C-E Giffarine

Assalamualaikum. .

Sue nak kongsi sedikit info untuk anda mengenai Produk giffarine yang satu nie,baru je dikeluarkan iaitu Jus Kunyit Gluta Curcuma C-E Giffarine .Bagi sesiapa yang tak pernah kenal atau tak pernah cuba ATAU tak pernah jadi ahli GIFFARINE boleh la membaca sedikit info . .

GIFFARINE merupakan produk yang berkualiti,mampu milik dan yang penting sekali adalah HALAL,
Produk berkualiti Giffarine kini telah dibawa ke Malaysia secara rasminya pada 1hb Mei 2009 melalui Giffarine Skyline Unity (M) Sdn Bhd. Giffarine Skyline Unity (M) Sdn. Bhd. (Giffarine), syarikat berkonsepkan pemasaran pelbagai peringkat (MLM), merancang membuka lima pejabat baru dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya.

Syarikat yang berpengkalan di Kota Bharu ini ditubuhkan khusus untuk menyediakan peluang perniagaan bagi orang ramai yang berminat berniaga selain mengguna produk berkualiti antarabangsa.

Berkonsepkan MLM, Giffarine ditubuhkan bagi tujuan pemasaran produk berasaskan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri merupakan antara langkah awal syarikat itu untuk mengembangkan lagi perniagaannya di pasaran tempatan.

Giffarine adalah produk berkualiti tinggi, dikenali dan diterima oleh standard dan piawaian antarabangsa. Kini ianya dibawa ke Malaysia agar ianya dapat digunakan dan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Produk berkualiti dengan harga mesra pengguna.

Anda berpeluang samaada sebagai pengguna atau ingin juga menjadikan sebagai sumber pendapatan tambahan atau tetap. Daftar sebagai ahli sekarang dengan bayaran RM35 untuk keahlian seumur hidup dan anda berpeluang membeli barangan dengan diskaun tetap 25% dari harga katalog. Atau perkenalkan kepada kawan-kawan untuk menyertai Sistem Rangkaian Pemasarannya, dan menikmati pendapatan menarik yang boleh diwarisi. Cubalah dan anda pasti terpesona.



For your information,mak sue sendiri telah memilih menyertai MLM dengan menjual produk GIFFARINE nie,dan dari situ kewangan alhamdulillah agak stabil .Okew kat sini sue terangkan sikit tentang produk GLUTA CURCUMA ..

GLUTA CURCUMA C-E DRINK WITH CURCUMIN JUICE 10%

  • Berfungsi untuk memberi kecerahan kepada kulit
  • Melancarkan peredaran darah 
  • meningkatkan sumber Oxygen kepada kulit manusia. Kulit akan menjadi semakin sihat dan berseri.





contoh testimoni :-


Harga : RM 60.00
Harga Ahli : RM45 .00

kalau korang nak order atau berminat untuk menjadi ahli,boleh berhubung terus dari sue . .

facebook - https://www.facebook.com/sueahmat
emel - ahmatdaughters@gmail.com 






Rabu, 20 Mac 2013

Tutorial Lava lamp navigation


Assalamualaikum dan apa khabar korang , nak taw tak camne sue buat navigation yang ikut-ikut cursor tu ,macam sekarang sue pakai tapi maybe nanti dah tak de kot,sebab nak buang.so korang bolehlah ikut tuto nie k.


contoh gambar

1 . Layout > pilih Add gadget > HTML
2 . Copy sini dan paste dalam kotak HTML

semoga berjaya :)




Tutorial giveaway box



Assalamualaikum .. lamanya tak buat tutorial .okew harini nak buat tutorial box giveaway ,btw korang boleh je letak gambar korang if nak ..just tukarkan link .



contoh dalam gambar

1 . Dashboard > Layout > Add Gadget atas header > HTML
2 . Copy then paste kat ruang HTML


<center><div style='-moz-box-shadow: 0 0 5px 2px #ddd; 
-webkit-box-shadow: 0 0 1px 1px #ddd; 
background: url(URL BG); 
border: 2px solid #848484;
 padding: 2px; 
width: 750px;'>
<div style='text-align: center;'>
GIVEAWAY
<marquee behavior='alternate' direction='left' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2'>
<a href=' URL LINK '><img height='70' src=' URL IMAGE' width='70'/></a>
<a href=' URL LINK '><img height='70' src=' URL IMAGE' width='70'/></a>
<a href=' URL LINK '><img height='70' src=' URL IMAGE' width='70'/></a>
<a href=' URL LINK '><img height='70' src=' URL IMAGE' width='70'/></a>
</marquee><br/>
<center></center></div></div></center>
<br />


notes :

Hijau : url background untuk ruang dalam box
Merah : Nama yang korang nak letak atas box
Biru : Url link gambar korang
Oren : Url image.




aku benci bertudung


Gaya kehidupanku adalah sederhana. Namun aku akui, aku bukanlah seorang gadis yang sosial. Kehidupanku sehari-harian adalah pergi kerja, pulang ke rumah dan memerap di rumah. Aku hanya keluar bertemu dengan kekasihku hanya pada hujung minggu sahaja.

Sehinggalah suatu hari, dia melamarku untuk dijadikan isterinya. Hatiku berbunga riang. Akhirnya impian aku untuk menjadi suri hidup kekasihku terkabul juga. Setelah mengikat tali pertunangan selama beberapa bulan, akhirnya kami pun melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan yang diadakan amat meriah sekali. Pada malam pertamaku, dia meminta aku menjadi penemannya sehingga akhir hayatku nanti. Aku mengangguk. 

Dia memintaku lagi untuk menjadi isteri yang solehah, taat pada perintah Tuhan, Rasul dan suami. Menutup aurat selayaknya. Aku mengangguk lagi.... Untuk dia, aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan aku dapat bersama dengannya.

Pada tahun pertama semuanya berjalan lancar. Aku berusaha menjadi isteri yang solehah. Apa yang suami inginkan, sedaya upaya ku penuhi. Makan pakai dan juga auratku. Tak lepas selendang di kepalaku. Kami hidup aman dan damai.

Sehinggalah aku mendapat dua orang anak. Aku lihat, dia mula berubah. Dia mula memakai minyak wangi jenama yang mahal ke pejabat. Pulangnya pula kadang2 lewat malam. Masakan yang ku masak kadang2 tak disentuhnya. Bila aku ajak dia keluar, katanya penat. Semenjak hari itu, kehidupanku bertambah bosan. Penat melayan kerenah anak2 lagi, membuatkan aku lelah untuk berdandan.

Suatu hari, ketikaa ku ke shopping mall untuk membeli barang2 harian, aku terserempak dengan suamiku berjalan dengan wanita lain. Wanita itu free hair, bermini skirt,bermekap tebal dan bertumit tinggi. Setibanya suami ku di rumah, kami berperang besar. Dia tidak menafikan malahan dengan bangganya dia katakan dia mahu menikahi perempuan itu. 

Hancur luluh perasaanku. Pengorbananku selama ini adalah sia2. Kenapa dia memilih perempuan itu? Bukankah dahulu dia tidak menyukai wanita free hair? Akhirnya, dia katakan padaku, dia sudah bosan denganku. Pada hari itu jugak aku di ceraikan. Sejurus diceraikan, aku buang tudung di kepalaku. Aku menangis sepuas-puasnya.

Setelah berjaya mendapatkan hak penjagaan kedua anakku, aku nekad berpindah untuk memulakan kehidupan baru. Di tempat kerjaku, aku mula menukar penampilan diriku. Tiada lagi tudung di kepalaku. Aku mula mengenakan mini skirt yang menampakkan betisku. Make up yang tebal menjadi kesukaanku. Baru sekarang aku puas. Aku suka menjadi perhatian lelaki2 berhidung belang di pejabatku. 

Hampir setiap hari juga, aku membuat temujanji keluar dengan mereka. Aku seronok dengan kehidupanku yang bebas dan menjadi perhatian mereka. Walaupun kadang2 aku sunyi, tetapi aku suka cara mereka melayanku. Aku pun tak tahu, sampai bila aku jadi begini. Adakah hatiku penuh dengan dendam dengan suamiku yang mendorong aku jadi begini atau aku yang bodoh dan tak ikhlas pada Tuhanku? Entah lah........

SUMBER :  http://scaniaz.blogspot.com/


Selasa, 19 Mac 2013

collection header sepanjang berblogging

Assalamualaikum . . macam dah lama sangat tak buat entry kan,bukan malas tapi tak berapa nak ada masa,,tapi mase untuk facebook ade je..hehe,nampak sangat malas kn,so hari ni sue nak kongsi sikit header-header yang sue pernah edit dan guna pakai untuk blog sue .. so cekidaut ,maybe korang boleh jadikan satu aspirasi untuk edit header korang ,cewaah macam cantik sangat kan header aku :3

























kepada yang beminat sue akan buat tempahan , satu header RM5.00 ,sesiapa yang berminat bolehlah inform di facebook yew .. thanks :)



 
All right reserved by seuleira @copyright protected