Isnin, 25 Mac 2013

Bayi dilahirkan dalam peperangan





LAHAD DATU, 24 Mac (Bernama) -- Baru dua jam melahirkan bayi, seorang ibu
terpaksa melupakan kesakitannya demi menyelamatkan bayi dan dua lagi anaknya
daripada serangan pengganas militan yang menceroboh Kampung Tanjung Labian 3 Mac
lepas.
Adawiyah Jannah Maulaha, 25, berkata beliau dan tiga anaknya itu menaiki
lori bersama penduduk kampung lain selepas kampung mereka diserang pengganas
militan dari Sulu itu.
"Masa tu suami berada di luar kawasan dan kami bertemu di pusat pemindahan
ini," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat
17, dekat sini.
Adawiyah Jannah berkata beliau melahirkan bayinya pada pukul 6.30 petang dan
ketika berehat kira-kira dua jam selepas itu, beliau mendengar penduduk kampung
menjerit "lari, lari".
"Saya bergegas ambil bayi dan dua anak lagi terus keluar dari rumah dan
menaiki lori.
"Semasa mula-mula tiba di sini, saya sedih dan menangis melihat keadaan kami
ini, tapi bersyukur kerana selamat," katanya sambil memberitahu bayi perempuan
yang dilahirkan itu kini berusia 21 hari dan diberi nama Wan Mauleyanana Amanie
Azzyati.
Beliau yang bersyukur kerana selamat daripada ancaman pengganas militan itu,
bagaimanapun berkata mereka rindu untuk pulang ke rumah dan berharap ancaman
pengganas Sulu dapat dihapuskan segera.


2 ulasan:

^^eKaTiKaH^^ berkata...

alhamdulillah, selamat bayi tu

sue berkata...

@^^eKaTiKaH^^ alhamdulillah . .

 
All right reserved by seuleira @copyright protected