Jumaat, 24 Mei 2013

Freebies link berguna untuk cantikkan blog

Salam,,

Sempena hari jumaat nie sue sedikit rajin untuk membersihkan Tab google Chrome yang dah semak dan tersangat lambat loading nie, tak tau la apa masalah google Chrome nie sejak dua menjak nie macam lambat sikit banyak .. Dulu takdenye macam nie , korang tau tak masalah ape ? Tapi bila pikir-pikir balik sue sebenarnya banyak sangat bookmarks macam-macam ,sebab tu kot dia jadi lambat loading ,, so penyelesaiannya sue nak delete segala benda yang dah di bookmarks . Untuk menyelamatkan links yang penting sue rasa lebih baik sue buat freebies kan .

Cute Icon

Cute Theme
Blog Tutotrial
Edit HTML
Download Cursor For Dekstop
Okew , tu saje untuk hariini .. insyallah akan update ..


Rabu, 22 Mei 2013

Tutorial design stylish wallpaper

Salam,,

memandangkan sue dapat feedback yang agak memberansangkan tentang wallpaper yang sue design sendiri tu so sue akan buat satu tutorial yang simple , sebenarnya tak susah pun tapi korang kene la gunakan idea korang sendiri nak edit style mcm mana yew.. sekarang korang harus dan patut ikut tuto kat bawah nie dulu sebelum mulakan sesi mengedit

Pertama : Cara untuk mengetahui size dekstop

Cara nie hanyalah untuk Window 7 sahaja yew ,untuk window lain sila google sendiri .

Cara yang paling senang pegi sini http://www.whatismyscreenresolution.com/

Cara pertama :-
  • Control Panel > All Control Panel Items > Display > Adjust Resolution (bukan nak adjust pun hanya nak tau berapa size dekstop ) :)
Cara kedua Cara untuk mengetahui size dekstop
  • Start > Taip Adjust Screen Resolution 
korang akan jumpa seperti gambar dibawah :-


jumpa tak ? size dekstop sue 1366 x 768 ..

Kedua : Design wallpaper menggunakan Photoshop 

Photoshop Cs3 (Version apa-apapun same je kot)
  • File > New

> Lupa nak kotakkan yang background tu , korang buat TRANSPARENT yew ..
  • Then korang cari la background yang berkenan di hati , tak pun boleh je buat colour plain , atas kreativiti korang yew ..
  • contoh yang sue buat , cari background dekat google jew ..

  • Lepastu korang pandai-pandai la edit yew , sebenarnya nak edit cun-cun punyer banyak guna brushes.
Ketiga : Cara buat kotak-kotak kecil untuk icon

contoh :-



Let's get start !!


TIPS : untuk dapatkan bentuk kotak icon yang sepadan dengan icon , sue sarankan korang buat then save pastu try jadikan dekstop background , kalau tak cantik korang edit balik sampai la bentuk tu terbentuk dengan cantik , maksudnya icon tu muat-muat je dengan kotak .. Faham kan ? kalau tak faham tanya yew ,sue pun buat benda yang same untuk dapatkan wallpaper dekstop yang sue inginkan . >_<
  • dekat bawah nie contoh yang dah siap ,

  • Sory sebab tak tunjuk satu-satu cara untuk edit,sebab korang kena guna kreativiti sendiri , dan sue tak larat nak prinscreen sume cara edit , banyak sangat cara dia . .
TIPS : untuk memindahkan icon folder korang, korang kene ikut step dibawah supaya icon folder korang boleh di alihkan mengikut tempat yang korang nak letak tu .



Time to FREEBIES .. Yeayy!!


http://i.imgur.com/8YVN5B7.png










Selasa, 21 Mei 2013

Wallpaper dekstop yang stylish

Salam ,,

Lamanya rasa tak update blog , FYI sebenarnya sue sibuk dengan petandingan Tarian peringkat kebangsaan , actually tak join pun pun ,cuma jadi kru ,, so untuk menjalankan tugas terpaksa la duduk di asrama .Sue sebahagian peserta daripada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin . . kepada sesiapa yang join jugak tu nanti kita jumpa di PSP yew .

nak dijadikan cerita kat sini takde line internet ,maksudnya wifi takde la kan ,, so dengan mood bosannya sue pun terpikir la nak buat wallpaper untuk laptop sendiri .. pakat main buat je .. korang boleh tengok kat bawah yew ,insyallah kalau ada feedback yang memuaskan ,sue ingat nak buat freebies , maaf kalau tak cantik tapi itulah idea yang terkeluar dari benak sue ..


kalau korang nak tau camne sue buat ,, nanti sue buat tuto yew .. adiosss :)




Khamis, 16 Mei 2013

Saiful Bukhari dah nak kahwin


Alhamdulillah la , nak jugak dia kahwin yew , hoho . . siapa la yang sangat-sangat 'bertuah' tu . . kalau nak tau scroll bawah . .


korang kenal tak ? inilh dia pembaca berita TV3 suku , , Nik Suriyani .


Gambar atas nie saje-saje letak sebab aku heran kenapa ada yang sampai edit macam tu . . huhu


Khamis, 9 Mei 2013

Aku Benci Tok Guru Nik Aziz



KISAH MENARIK AKU BENCI TOK GURU DAN KELANTAN | Artikel yang dikongsikan ini bakal membuka mata semua kenapa Tok Guru dan rakyat kelantan begitu dibenci ramai. Negeri kelantan yang digembar-gemburkan di media massa dengan berita keburukan dan kemunduran sebenarnya maju dari segi yang lain.[TERIMA KASIH AZURA ABDULLAH]
Aku benci Tok Guru dan Kelantan.
Aku benci beliau, 2 tahun yang lepas. Ya, aku sangat membenci insan ini… aku pernah merasakan beliau sesat, gila kuasa, ekstemis agama dan sebagainya..aku benci orang Kelantan, sebab negeri Kelantan berdasarkan cerita yang ku dengar di TV sebuah negeri yang mundur, kotor, rakyatnya sombong, dsbgainya.
sbelum masuk u, aku dah dapat pesanan, jangan berkawan dengan orang2 Kelantan ni…diorang sangat assabiah dan tak boleh dibuat kawan..bila kita susah diorang akan tinggalkan kita.
dulu aku merasakan cukuplah sekadar Islamku sekadar solat, puasa dan zakat… tapi setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui apa perjuangan PAS dan matlamat hidup ini.. aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini.. semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama’ yang kusanjungi kini.
setelah bebas drpda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri.. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya… kalaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jamaah yang hadir membanjirinya. Ya, kaki ini belum pernah menjejaki bumi Kelantan, tapi sudah cukuplah gambar dan akhlak2 penduduk dan pemimpinnya menceritakan segalanya.
Kelantan sebuah ikon negara Islam..kaya dengan majlis2 ilmu, ramai ‘ulama dilahirkan di sana..dan ‘ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.
ALLAH…panjangkanlah usia Tok Guru Nik Aziz ini. Aamiin.


Perangai orang pakai tudung lagi terok la


Maria Farida

Itulah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh pelakon, Lana Nordin di akaun Instagram-nya.
Komen seorang peminat terhadap sekeping gambarnya di Instagram telah menyebabkan selebriti ini tersinggung lantas menyebabkan dia membalas dengan respon yang sedikit keras kami kira. Isu ini telah berlaku sekitar 3 minggu lepas.
Berikut adalah komen yang dihantar oleh peminat tersebut kepada Lana :
Screen Shot 2013-05-07 at 12.22.19 PM
Lana kemudian membalas komen tersebut dengan menyatakan dirinya tidak perlu hipokrit dalam kehidupan sehariannya.
Screen Shot 2013-05-07 at 12.18.00 PM
Tak cukup disitu, Lana turut melahirkan perasaan geram dan mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu membuang masa dengan mengambil tahu atau mengumpat hal orang lain disekelilingnya.
Screen Shot 2013-05-07 at 12.18.10 PM

Lana Nordin

Nampak tak ke'cerdikkan'nya disitu ? orang dah nasihatkan dah cukup baik , kalau kita saudara seislam tak tegur sapa lgi nak tegur kan , apa-apa pun tak boleh cakap banyak jugak orang macam Lana nie , otak tepu ..


Rabu, 8 Mei 2013

Petua Imam Syafie




Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging2. memakai haruman3. kerap mandi4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)2. selalu cemas3. banyak minum air ketika makan4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata


1. duduk mengadap kiblat2. bercelak sebelum tidur3. memandang yang hijau4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata


1. memandang najis2. melihat orang dibunuh3. melihat kemaluan4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran


1. tidak banyak berbual kosong2. rajin bersugi (gosok gigi)3. bercakap dengan orang soleh4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim 


Isnin, 6 Mei 2013

Norish Karman digilis lori 10 tan



Salam , korang ada tengok berita tak ? dah kecoh sebenarnya sekarang nie , norish karman dilaporkan terbabit dengan kemalangan yang sangat tragis , korang tengok mestu tak percayakan ..

Memang tak perlu percaya pun sebenarnya gambar tersebut adalah babak lakonan Norish Karman sebagai Tengku Puan Marina dalam drama ” Maharku Untukmu ” di TV3 yang disiarkan pada 30 Jun lalu dan telah meraih 2.4 juta tontonan.

kalau korang nak tak berlakon macam tu ? eee ngeri ..


Sabtu, 4 Mei 2013

Kiyomi Datuk Siti Nurhaliza



Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza mengikut jejak langkah selebriti seperti Nora Danish, Wawa Zainal, Elly Mazlein dan Nazim Othman, tampil dengan video comel Gwiyomi masing-masing.
Siti tampil beraksi dengan anak buah kesayangannya, Umaira yang merupakan anak kepada adiknya, Siti Saerah.
Terserlah sifat keibuan dalam diri penyanyi nombor satu negara ini kan?
Moga-moga satu hari nanti, Siti dan suami dikurniakan zuriat sendiri kerana tak sabar rasanya nak tengok Siti Jr dan Datuk K Jr.
Jom tengok dulu video comel Siti dengan Umaira menggayakan Gwiyomi dengan aksi tersendiri mereka.





Tempahan masih dibuka , harga mampu milik


Large

Salam . . selamat mengundi , 

Setelah sekian lama tak mengambil tempahan , harini sue nak bukak balik tempahan , so sesiapa yang berminat boleh lah membuat tempahan yew , boleh hantar melalui email ahmatdaughters@gmail.com ataupun boleh jugak inbox sue di facebook . . 

Sue ada buat package-package baru , maybe lagi murah kot . kot ? hehe ..

Package pertama edit full (RM 15.00)
  • header
  • navigation
  • sidebar title bergambar
  • post title bergambar
  • edit sidebar 
  • edit blog 
Package kedua edit blog biasa-biasa je (RM 10.00) :)
  • header 
  • edit blog
Package Pilihan Sendiri 
  • Header sahaja (RM 5.00)
  • Sidebar title bergambar (RM 3.00)
  • Post title bergambar (RM3.00)
  • Edit bahagian sidebar sahaja (RM6.00)
Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa sahaja . .



Jumaat, 3 Mei 2013

Cara guna Ctrl+f pada editor HTML terbaru

salam,

Sekarang nie bila buka blog rasa macam dah takdak mood nak edit blog kan , sebab apa ? yelahh sejak interface HTML nie dah bertukar , nak edit nak gunen ctrl+f pun tak boleh , rasa feedup pon ada kan , rasa nak #$%^& pon ade . . tapi Alhamdulillah sue berkunjung ke blog http://teknikbuatblog.blogspot.com/ yang menunjukkan cara lain yang mana kita boleh guna ctrl+f dengan teknik ,, jeng jeng jeng . . buat suspens sikit ,nak taw dengan cara macam mana ? ,meh ikut . . credit to : http://teknikbuatblog.blogspot.com/

Okew caranya senang je , tapi sue tak pernah pun terpikir nak buat macam nie ,,

  • first highlight je mane-mane code.
  • second , lepas hightlight terus tekan ctrl+f 
  • nanti akan muncul Search box dekat bahagian atas tu.
  • silalah mengedit dengan sepuas hati :)






Siapa yang berhak sebenarnya ?




Khamis, 2 Mei 2013

Tutorial tukar font post title dan sidebar title





Salam .. tuto nie direquest oleh wawa ..


  • kemudian klik pada kotak use
  • then anda akan jumpe macam gambar dibawah .
  • okew FYI kite hanya perlukan Caesar+Dressing .
  • Kemudian sila lah bukak pada template > edit html
memandangkan Blogger sudah menggunakan interface baru, sue jadi pening skit ,
 papepun korang tengok jew gambar kat bawah nie yew

  • Copy code dibawah dan paste bawah <head>
<link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Patrick+Hand
rel='stylesheet' type='text/css'/>
  • kalau tak faham sila tengok gambar dibawah

Post title
  • Ctrl+F .post-title {
  • Copy code dibwah dan paste bawah  .post-title {
font-family: Nama font ;

Sidebar title
  • Ctrl+F .sidebar h2 {
  • Copy code dibwah dan paste bawah  .sidebar h2 {
font-family: Nama font ;















Apabila kondom menjadi getah rambut


getah rambut

Getah rambut yang berwarna-warni dengan harga yang murah pasti menjadi pilihan orang perempuan. Awas ! ini ada satu penemuan yang sangat mengejutkan . . . terutama getah rambut berwarna-warni buatan China. Tahukah anda bahan apakah yang digunakan untuk membuat getah rambut murahan tersebut ? Pasti anda akan terperanjat jika mengetahuinya.
Getah rambut ini telah diperbuat daripada kondom terpakai yang diguna semula untuk tujuan kos penjimatan dan keuntungan yang lebih seksual, Sangat menjijikkan dan di khuatiri boleh menyebarkan penyakit. Periksa-periksalah getah rambut yang isteri atau anak perempuan anda gunakan.

 

 


 
All right reserved by seuleira @copyright protected