Khamis, 9 Mei 2013

Aku Benci Tok Guru Nik Aziz



KISAH MENARIK AKU BENCI TOK GURU DAN KELANTAN | Artikel yang dikongsikan ini bakal membuka mata semua kenapa Tok Guru dan rakyat kelantan begitu dibenci ramai. Negeri kelantan yang digembar-gemburkan di media massa dengan berita keburukan dan kemunduran sebenarnya maju dari segi yang lain.[TERIMA KASIH AZURA ABDULLAH]
Aku benci Tok Guru dan Kelantan.
Aku benci beliau, 2 tahun yang lepas. Ya, aku sangat membenci insan ini… aku pernah merasakan beliau sesat, gila kuasa, ekstemis agama dan sebagainya..aku benci orang Kelantan, sebab negeri Kelantan berdasarkan cerita yang ku dengar di TV sebuah negeri yang mundur, kotor, rakyatnya sombong, dsbgainya.
sbelum masuk u, aku dah dapat pesanan, jangan berkawan dengan orang2 Kelantan ni…diorang sangat assabiah dan tak boleh dibuat kawan..bila kita susah diorang akan tinggalkan kita.
dulu aku merasakan cukuplah sekadar Islamku sekadar solat, puasa dan zakat… tapi setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui apa perjuangan PAS dan matlamat hidup ini.. aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini.. semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama’ yang kusanjungi kini.
setelah bebas drpda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri.. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya… kalaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jamaah yang hadir membanjirinya. Ya, kaki ini belum pernah menjejaki bumi Kelantan, tapi sudah cukuplah gambar dan akhlak2 penduduk dan pemimpinnya menceritakan segalanya.
Kelantan sebuah ikon negara Islam..kaya dengan majlis2 ilmu, ramai ‘ulama dilahirkan di sana..dan ‘ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.
ALLAH…panjangkanlah usia Tok Guru Nik Aziz ini. Aamiin.


3 ulasan:

ezyra daniel berkata...

dosa pahala itu allah yg tentu kan.tapi bg sye,nik aziz dan pengikut PAS terlalu taksub.begitu juga PKR.PAS dan PKR sudah jauh dari matlamat ajaran islam yg sebenar.kalau tak boleh terima pe sye ckp,terpulang.allah kurniakan akal,mata,telinga..guna la dgn sebaik mungkin :)

admin berkata...

@ezyra daniel bagi pndangan saya berpelajaran ,walaupun tak tinggi ,Tok guru nik aziz terlalu taksub untuk memperjuangkan islam , siapa la kita untuk memburukkan ulamak , saya sokong apa yang tok guru nik aziz buat , gunakal akal untuk berfikir lebih positif .

Hafizzi Aziz berkata...

@ezyra daniel bercakap pasal islam, tapi kalu sendiri yang terpesong dari islam apabila islam suruh menutup aurat, kamu abaikan. Biar kami taksub perjuangkan kerajaan Islam daripada taksub membela kerajaan sekular.

 
All right reserved by seuleira @copyright protected