Isnin, 17 Jun 2013

Software untuk mencantikkan dekstop

salam..

Sapa nak dektop yang cantik dan girlish (bagi perempuan) sila angkat tangan dan kaki ,hoyehh .sue taw mesti ramai yang nakkan dekstop yang awesome lagi trendy tapi tak nak memberatkan dekstop ,okew kat sini sue akan tunjuk macam mana nak dapatkan dekstop macam sue,even tak cantik tapi sue guna kreativiti sendiri untuk cantikkan dekstop.FYI sue tak gunakan Rainmeter pon sebab Rainmeter memang menyebabkan dekstop jadi delay dan sangat lambat loading kan..kan..kan .

Al-kisahnya semalam tak boleh tidur , dan .. dan .. sue pun terpikir nak gantikkan wallpaper dekstop yang design tah pape tu , then terpikir la nak letak Watch widget dekat dekstop tapi yang Windows pakej punyer tak berapa cantik , so sue search la software yang boleh cantikkan dekstop .. wallaahhh terjumpa la page Xwidget .Usha punyer usha akhirnye sue install sebab dah tengok screenshot yang dia tunjuk tu macam awesome je kan . .kalau korang nak jugak boleh download sini yew. 

download la macam biase yew,kalau tak taw sila tanye . kat sini pulak korang boleh dapatkan widget yang cantik ,macam-macam ade ,tak taw nak pilih yang mana satu.


Sebenarnya wallpaper kat atas nie sue edit siap-siap dulu,pastu barulah cari widget yang sesuai untuk sue letak kat dekstop,Kotak untuk icon tu sebenarnya nak tiru macam Rocketdock tapi tak berapa nak jadi,hihu . . sue tak berapa suke dengan Rocketdock sebab macam serabut je .Dekat Xwidget pun ade jugak taw macam Rocketdock punyer,lagi comel dan lagi banyak pilihan.


Anak panah merah tu widget yang sue dah install,tak banyak pun sebab tak nak nampak semak sangat,so korang pandai-pandai la aturkan ,Sejak semalam sue guna effect dia tak la teruk sangat,maksudnya smooth je,tak lambat loading .Okew . .sampai sini je la yew ..GudLuck =_=




Ahad, 16 Jun 2013

Tepung kek segera semudah 123 untuk santapan hari raya

salam ,,

Harini rasa nak review tentang makanan lah plak,kalau korang tengok gambarnye pun dah terliur kan,nyumm,nyumm sedapnye,rugi taw kalau korang tak beli,sebab untuk membuat kek yang kita rasa macam susah nak buat dan rasa lama nak buat tapi tak reti dan tak confident sebenarnya hanyalah semudah 123 dengan menggunakan tepung yang dah siap , cuma tunggu kacau bakar je,dan hias sikit-sikit,korang tengok la dulu kek-kek kat bawah nie agak-agak ada rasa nak try beli tak ? harganya tak la mahal sangat , alang-alang raya dah tak lama kan,padahal pose pun belum lagi,,hehe .. kalau berminat boleh inbox yew ,, jangan lupa like . .Belluna Lovely Taste Johor


ini pula senarai / harga TEPUNG KEK yang dijual :-

Easy caramel 120g rm10
Red Velvet rm18 
Cheese cake 400g rm27/ topping rm6 
Cheese cake 200g rm20/ topping rm6 
Carrot cake 560g rm17 
Brownies + topping 470g rm19 
Tiramisu 250g rm19 
Apam 600g rm10 Tepung Durian crepe (Adunan 7 jenis tepung) 400g rm18
Tepung Muffin blueberry @ Choc chips -400g rm13
Mash potato + gravy brown sauce 150g
TEPUNG SEGERA KUIH TALAM PANDAN - 770G rm15
TEPUNG SEGERA KUIH TALAM CENDOL - 350G rm15
TEPUNG SEGERA KUIH TALAM JAGUNG - 410G rm13
TEPUNG SEGERA KUIH TALAM KACANG HIJAU - 580G rm15 
TEPUNG SEGERA KUIH TALAM KACANG MERAH - 580G rm15
Tepung pancake 250g rm12
Tepung Lapis masam manis 560g
Tepung Mile crepe 500g – rm18
TEPUNG SEGERA KEK PUDING KARAMEL PELANGI 460g rm15
TEPUNG SEGERA KEK COKLAT KARAMEL 570G rm15
Tepung segera kek kastard Pandan RM18 
Tepung segera kek kastard strawberry RM18
Tepung segera kek kastard Manga RM18
Tepung segera Chocolate mousse RM18
Tepung Segera Cotton cheese cake rm18
Tepung Segera Kek Buah RM18
Tepung segera kek black forest RM18
Tepung segera Fruit cake 650g rm18 


Kepada Uolls yang berminat sila pm di Belluna Lovely Taste Johor yew , saya hanyalah promoter merangkap pelanggan dia :)


   

Sabtu, 15 Jun 2013

Lelong template blog siap edit RM15.00

salam ..

ada sape-sape yang berminat nak beli template blog nie , sue dah siap edit taw , cuma header je tak buat lagi,header tu saya akan edit kemudian mengikut citarasa korang , harga RM15.00 tu sekali dengan header yew ,jangan bimbang ,sebelum nie pun saya amek harga yang sama . .kat bawah contoh design yang telah siap , kalau korang nak design lain pun saya boleh buatkan ,,harga sama sahaja,


kalau berminat bolehlah inbx atau komen dibawah yew . .



Isnin, 10 Jun 2013

Kenapa sembah kaabah ?



‎”Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?” 
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
 “Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”



Ahad, 9 Jun 2013

Persembahan tarian pada FESKEW di PSP

salam..

Alhamdulillah , baru selesai makan ,rasa bersyukurnya masih dikurniakan lagi badan yang sihat dan oksigen yang nyaman . Sebenarnya sue baru balik daripada Pulau Pinang act Politeknik Seberang Perai.Seperti  dalam entri sebelum nie sue ada cakap yang sue join satu pertandingan untuk FESKEW ( Festival Kebudayaan dan Warisan ) bagi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin . Sebab tu lama tak update status . Kami mempertandingkan Dekon , Nyanyian dan Tarian ,Alhamdulillah walaupun tak dapat jadi juara kami dapat beberapa sijil penghargaan .Dalam kategori tarian kami tak bernasib baik . . korang boleh la tengok video tarian di bawah yew ..

Tarian yang dipersembahkan adalah tarian Inang , Zapin dan Joget..




Sabtu, 1 Jun 2013

Freebies Download border shape

Salam ..

Haritu sue ade buat tutorial stylish wallpaper untuk dekstop kan ,,ingat tak ? kalau ade sape-sape yang belom tau boleh la baca disini yew,nak buat wallpaper macam sue korang kene ade border-border yang cantik.so dekat bawah nie sue sertakan link brushes ..

Photoshop custom shapes


SC_CUBracketframes2Preview




 
All right reserved by seuleira @copyright protected