Khamis, 22 Ogos 2013

"Saya tercampak ke luar dalam keadaan meniarap dan tidak dapat bergerak"


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bas yang meragut 37 nyawa di Genting Highlands semalam beberapa minit sebelum kemalangan maut itu hampir terbabit dalam satu kemalangan kecil beberapa ketika sejurus tiba di tempat kejadian sebelum terjunam ke dalam gaung.
Nor Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, mangsa yang duduk di belakang kerusi pemandu terbabit memberitahu Utusan Malaysia, sebaik sahaja turun dari stesen bas Genting kira-kira pukul 2 petang, bas berkenaan yang berada di laluan sebelah kanan cuba masuk ke laluan kiri tetapi nyaris berselisih dengan sebuah kereta yang mahu ke tokong berhampiran di sebelah kanan jalan.
"Pemandu bas bagaimanapun sempat brek. Kalau tidak dari awal lagi terjunam ke gaung lebih dalam lagi. Kemudian berlaku pertengkaran antara mereka. Selepas itu, bas teruskan perjalanan. Tiga minit kemudian pemandu bas itu berhenti. Waktu hidupkan enjin, terdengar bunyi 'krek', mungkin bas ada masalah.
"Perjalanan kemudian diteruskan tetapi kali ini bas bergerak laju, habis kereta di depan dia langgar...dalam dua tiga kereta, pemandu itu nampak macam kelam-kabut cuba kawal ke kiri dan kanan. Waktu itulah penumpang yang lain menjerit-jerit ketakutan sebelum bas terhumban dalam gaung," katanya.
Nor Maizatul, kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves patah kaki dengan luka di dahi dan berdekatan mata ditemui di Hospital Sungai Buloh dekat sini.
Menurut Nor Maizatul, dia yang naik ke Genting Highlands bersama seorang rakan untuk ke Theme Park sebelum itu hairan kerana semasa di stesen lagi, bas berkenaan mengambil lebih muatan, kira-kira 10 orang lagi.
"Ada yang berdiri dan ada juga yang duduk di tangga bas," katanya.
Nor Maizatul berkata, selepas bas terhumban dalam gaung, dia tersedar bas berkenaan berada di depannya dan dilihatnya 'ada beberapa mangsa bertindan-tindan'.
"Saya tercampak ke luar dalam keadaan meniarap dan tidak dapat bergerak. Seingat saya, dekat saya ada seorang lelaki berasal dari Kelantan manakala rakan saya tadi tercampak ke bahagian bawah gaung lagi.
"Lelaki itu sempat menenangkan saya dan meminta menjaga diri. Lebih kurang sejam saya menunggu dan hanya ingat mati sahaja," jelasnya.
Sementara itu, seorang penumpang yang terselamat mendakwa pemandu bas itu mengabaikan keselamatan apabila masih memandu kenderaan itu walaupun mengetahui berlaku kerosakan brek.
Tan Ming Shing, 26, mendakwa, sebelum kemalangan itu, bas berkenaan memotong sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan berbahaya menyebabkan pemandunya berang.
Menurut Ming Shing, pemandu bas dan kereta Honda terbabit masing-masing berhenti di tepi jalan dan bertengkar.
"Saya dengar pemandu kereta Honda itu bertanya kenapa memandu bas dalam keadaan berbahaya.
"Pemandu bas kemudian memaklumkan kenderaannya mengalami masalah brek dan selepas itu kedua-dua mereka meneruskan perjalanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meluangkan masa melawat dan bertanya keadaan kesihatan Ming Shing yang mengalami patah tangan kiri.
Ming Shing yang bekerja di bahagian dapur di Genting Highlands mendakwa, dia hairan kenapa pemandu bas itu mengambil risiko meneruskan perjalanan walaupun tahu kenderaannya mengalami masalah brek.
Sementara itu, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan rakyat Korea, dipercayai masih kritikal.
Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Genting Highlands semalam adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.

credit :utusan


Jumaat, 16 Ogos 2013

Hirup darah anak sendiri setelah disembelih

Foto
RUMAH berlakunya kejadian anak disembelih bapa kandung, semalam.


Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.
Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu.

Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.
“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal.


Hobi dan ular :)

Assalamualaikum..

hai gojes-gojesku , lately selalu je murung,tak bermaya ,nak pegi kuliah pun macam @#$%^ je .maklumlah tak dapat raya lebih daripada orang lain .. muahah

okew..okew...cukup !! nak cita pasal ular , korang ade ke yang minat sampai bela ular ? sue minat nak pegang je,takde plak niat nak bela ke hape . hehe . kalau pegang letak atas bahu ,usap-usap takde masalah la,kalau nak bela memang tak la kan .

Tak mustahil la kalau ada yang geli dekat ular sebab tengok badan dia pun dah naik seriau kan , tapi korang tak pernah ke rasa nak sentuh or pegang,time dulu-dulu pun sue rasa geli jugak tapi perasaan nak pegang membuak-buak tiap kali tengok orang pompuan pegang ular,okew je .. rilek je ,kalau dia boleh kenapa tidak kita .. start dari haritu dah berani nak pegang ular even ular sawa sue tetap nak pegang.

Dulu dekat poli sue ada buat Karnival sukan,then ade la satu booth pertahanan awam,dekat situ dia siap letak pameran ular,and bagi tawaran kat sape-sape nak pegang , mase tu sangat-sangat excited nak pegang,mase tu diorang bawak baby ular je . . alolo kiut sangat geram ii .. then mase pegang ular tu,ada sorang kakak tu cakap,adik nie dah boleh join pertahanan awam sebab berani pegang ular , ngehngeh .. malu saya dibuatnya ..

Memang sari segi fizikal kita tengok..eewww gelinya ular,tapi lepas pegang .. what the fish ?? kulit macam plastik okew .. tak melekit pun , kulit dia cantik tapi ada bau la siket .. lepas korang pegang konpom bau dia lekat dekat baju or tangan korang .Sue memang pantang tengok pameran ular mesti nak pegang amek gambar . Hobi terbaru tanpa sedar kot. . haha pon bolehh :3


#ular sawa batik #bukit bendera :)


Khamis, 15 Ogos 2013

Software edit gambar + collage :)

Assalamualaikum..

Lambat sikit update entry, hari minggu je ada masa nak update pon,huhu  .. dah papekedana nak bayar brodband tak mampu.Tak online ler jawabnyer .. takleh nak kongsi info ngan korang kan..sekarang ada kat rumah boleh la update apa yang patut ..so harini nak share satu software nie , maybe korang dah taw ,yang dah taw tu takpe la ,bagi yang belom tahu korang boleh la download sekarang .. download ape ??Tengok bawah pleasee ..


gambar diatas adalah interfacenya , macam-macam korang boleh pilih effect nak yang macam mana , collage pon ade.

Nak jugak ?? boleh tekan sini , dah tekan link tu ada satu kotak DOWNLOAD then tekan je , nanti korang ikut jela instruction dia yew .. kat bawah ada contoh gambar :)


ececeh..gambar sebelum


gambar selepas :D 






Selasa, 13 Ogos 2013

Kenapa Programmer ?

Assalamualaikum ..

Harini kelas 1 jam je . . sepatutnya kelas habis pukul 4 petang karang . Ahh kalau la taw kelas batal mau je tak balik rumah sewe lagi , boleh sambung raya . Tapi takpe la nak wat camne kan .. Redho je la , abaikann!

Btw sue nak share sikit subject yang sue belajar untuk course Programming nie , mula-mula masuk sem 1 rasa macam , ehh ? "aku dah salah pilih course nie " sebab apa ? alkisahnya dulu masa form 4 & 5 sue pilih course Produksi Multimedia tapi alih-alih bila dah masuk IPT dapat pulak course Programming nie , disebabkan pulak tempat yang ditawarkan tak jauh dari rumah terpaksa la terima , Tapi sebenarnya ade je kaitannya dalam course programming nie , contohnya dulu sue ada belajar pasal ADOBE tu sume kan , dalam course programming pun sue ada belajar pasal bende yang same , cume lebih advance lagi . . minat sue lebih kearah Multimedia dan bukannya progrmming . . walaupun programming nie banyak subject killer , bagi sue la kan , tak taw la plak kalau bagi orang lain programming " okew je " , sue rase susah sebab tak berapa nak minat kot , antara subject yang agak susah adalah C++ , OOP , JAVA , sume tu berkaitan dengan coding , semestinya memeningkan kepala . .tapi alhamdulillah sume subject tu sue lepas , berkat pertolongan lec jugak .. hehe

Ada ke kawan-kawan blogger yang ada amek course Programming ?? boleh kongsikan perasaan korang yang bakal jadi programmer tu seksok .. hoho


Gambar diatas menunjukkan keadaan yang sebenar apabila seorang student berjaya membangunkan satu sistem ( nak buat sistem bukan senang okew , coding bercampur-campur macam rojak )


selalunya sue macam nie . . haha . . Fail Programmer .








Isnin, 12 Ogos 2013

Tauke nasi kukus di Dungun,Paka mati ditikam


11

12

Dungun : Seorang peniaga restoran telah maut ditikam di hadapan premis miliknya sendiri dan keretanya telah dilarikan suspek dalam kejadian pagi ini.
Mangsa, Mohamad Lutpi Bin Mansor, yang menjalankan perniagaan nasi kukus di sebuah restoran di Dungun, Paka;  maut setelah ditikam di dadanya.
Kejadian dikatakan berlaku sebaik mangsa pulang dari surau selepas mengerjakan solat Subuh dan menuju ke premisnya berdekatan Jalan Besar, Paka. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi ini.
Suspek turut melarikan kereta jenis HILUX bewarna hitam milik mangsa dengan nombor pendaftaran CCL 5455.
Motif pembunuhan dipercayai berpunca dari hutang. Kes masih dibawah siasatan polis dan kes disiasat di bawah seksyen 302.

13

Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita :-

من نَزَلَ مَنْزِلا ثُمَّ قال " أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ" لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
( A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)
"double a bermakna bacaan dipanjangkan 2 harakat"
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula."
( Riwayat Muslim, 4/2080)




Do It Yourself ( DIY )

Assalamualaikum ..

Update pagi siket harini :) , nak kongsi sket perkara yang sue rasa sangat interesting and tak terpikir pun nak buat , nama pun DIY kan so bende simple-simple je tapi menarik . . korang boleh try kat rumah.


Laptop Stand bagi bloggers yang suka sanga letak laptop atas peha :)


Letak kat pintu bilik pun cantik


Kalau anda freehair boleh la buat , bertudung pun boleh tapi bergaya dalam rumah je la kan 


NI ? no idea .. haha


Cantikk ..



Ahad, 11 Ogos 2013

Tutorial cantikkan border sidebar

Assalamualaikum..

Sebenarnya tutorial nie dah lama direquest cuma takde mase nak buat , dah lame sangat tangguh , so harini terjadi la tutorial ini ..

Ghopenye cenggini. ..


sebelum tu korang kene design dulu la yew border yang korang nak, sizenyew mengikut sidebar korang ,

Template Denim

1.cari code ]]></b:skin>

2.copy code dibawah dan pastekan diatas code ]]></b:skin>

#sidebar h2 {
font-size:13px;
color: #f86f8e;
line-height:0.9em;
text-align:center;
padding:59px 30px 40px 30px;
margin-bottom:-17px;
font-weight:bold;
background:url("url image");
background-repeat:no-repeat;
background-position:center top;}

.sidebar .widget-content{
margin:0;
padding: 5px 10px 0 10px;
text-align:left;line-height:1.1em;
color:#444444;
background: url("url image");
background-position:center top;
background-repeat:repeat-y;}

.sidebar .widget{
margin-bottom:35px;
margin-top:-10px;
padding:0 0 47px 0;
background:url("url image");
background-repeat:no-repeat;background-position:center bottom;}

url image - masukkan url image korang.

GUDLUCK!!


Update raya

Assalamualaikum..

Lama tak update blog selepas tamat L.I hari tu lagi . . sekarang cuti raya berkesempatan edit blog dan update entry sekali .. Sekarang dah raya keempat , alhamdulillah masih diberi kesihatan yang sihat dan kuat.Sue nak ucapkan selamat hari raya kepada bloggers yang sudi follow blog sue nie , insyallah lepas nie ( kalau ada wifi ) sue akan rajinkan diri untuk update blog . .




 
All right reserved by seuleira @copyright protected