Isnin, 12 Ogos 2013

Tauke nasi kukus di Dungun,Paka mati ditikam


11

12

Dungun : Seorang peniaga restoran telah maut ditikam di hadapan premis miliknya sendiri dan keretanya telah dilarikan suspek dalam kejadian pagi ini.
Mangsa, Mohamad Lutpi Bin Mansor, yang menjalankan perniagaan nasi kukus di sebuah restoran di Dungun, Paka;  maut setelah ditikam di dadanya.
Kejadian dikatakan berlaku sebaik mangsa pulang dari surau selepas mengerjakan solat Subuh dan menuju ke premisnya berdekatan Jalan Besar, Paka. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi ini.
Suspek turut melarikan kereta jenis HILUX bewarna hitam milik mangsa dengan nombor pendaftaran CCL 5455.
Motif pembunuhan dipercayai berpunca dari hutang. Kes masih dibawah siasatan polis dan kes disiasat di bawah seksyen 302.

13

Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita :-

من نَزَلَ مَنْزِلا ثُمَّ قال " أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ" لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
( A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)
"double a bermakna bacaan dipanjangkan 2 harakat"
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula."
( Riwayat Muslim, 4/2080)




Tiada ulasan:

 
All right reserved by seuleira @copyright protected