Jumaat, 20 Disember 2013

Cara nak tahu antivirus yang kita guna berfungsi ataupun tidak

salam ,, nak share satu teknik bagaimana cara kita nak tahu samaada antivirus yang kita guna,yang kita duk update sokmo-2 tu berfungsi ataupun tidak.Antivirus tu kita duk update sokmo tapi langsung tak berfungsi , ataupun dia kluar notification menyatakan ada virus tapi virus tetap ada , maksudnya virus tetap ada walaupun dah di scan .. 

Teknik nie sue baru je belajar semalam , dalam kuliah subjek Information System Security . Best tau dalam subjek nie kitorang akan belajar cara nak hack ,, awww *tak sabar
Oke kawan-2 moh le ikut step demi step , tak susah pun ..senang sangat-2 .

1. First skali silalah buka notepad korang , kemudian copy dan paste code dibawah pada notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Sila rujk gambar dibawah 


2. PENTINGG!! save kan file tadi dengan nama EICAR.COM , dan save kan pada Folder MY DOCUMENT.


3. Step terakhir , jika terdapat notification/pop up/mesej daripada antivirus , itu bermakna antivirus yang korang duk update tu berfungsi dengan jayanya , TAPI kalau tak keluar sebarang notification/pop up/mesej itu bermakna antivirus korang tidak berfungsi pun selama korang install , so apa lagi silalah uninstall bagi yang tidak berfungsi :)


P/S : Sue menggunakan antivirus 360 Internet Security , dan setakat nie masih berfungsi dengan jayanya , sebab apabila dia dapat detect virus , antivirus nie akan terus padam virus tersebut :)

Nak jugak ? nah sila DOWNLOAD


Rabu, 11 Disember 2013

Produk PALING berkesan buang WhiteHead (Suggested)

hallo cikebum..cikebum :)
nok kongsi satu rahsia *dah kongsi tak jadi rahsia dah :3 , bagi korang-2 yang ada masalah macam sue , ade whitehead/blackhead boleh la try satu produk nie sangat berbaloii kalau korang pakai , sebab sangat-2 membuahkan hasil yang .. eeeww ,, sebab apa eeww ? sebabnya memang berlambak lah whitehead/blackhead korang yang dah lama tersimpan atas hidung/dahi or mane-2.
baru je seleasi membuang segala whitehead , dan terkejut dengan hasilnye , sangat-2 banyak sue punyer whitehead , omaiigad tengok pun macam geli je ,, sue memang banyak whitehead ,,nak tengok ke ?

             

Hamekk kauu , sila muntah hijau laju-2 (whitehead kan putih asal sue punyer kuning ?)

korang-2 yang nak tahu sue guna produk apa , nahh tengok bawah ,, nak story sket.


Produk daripada PRRETI , Nose Pore Strips Aloe

Cara guna:
1.Basuh/cuci muka terlebh dahulu.
2.jangan lap muka ,biarkan muka basah-2 sikit , terutama bahagian hidung.
3.kemudian lekatkan pada hidung korang.
4.tunggu selama 15 minit, dah cabut sila cuci muka sekali lagi,rasailah kelembutan hidung anda :)

Tips : kalau muka kering (bahagian hidung) bende tu tak berapa nak lekat,so letak air lebih sikit , dia akan lekat kat hidung kite kuat-2 macam letak gam :)

Harga - RM5-6 (lupa)
Lokasi : watson





Selasa, 10 Disember 2013

Review Dr.Fellgood dari Benefits


hallo malloww .. apa khabar ? harini p redah banjir dekat bandar dungun , pagi tadi pkul 2 pagi dah start hujan lebatt sampai la pkul 6 , dan pukul 9 siap2 nak p kelas tengok2 dalam fesbuk dan kecoh bandar dungun banjir , dan ramailah lec yang batalkan kelas . . oyeaahh , hehe .

Okeh nak review pasal produk dr feelgood from benefits , 


Cantikkan dia punye box (bekas ? ), sue tengok semua produk benefits cantik-2 dia punyer bekas (takde idea nak panggil ape eheh) 

Ketahui apa fungsi Dr.Fellgood

  • mekap nampak cantek, 
  • tak kering, 
  • glowing natural, 
  • ada vitamin rawat garis2 halus di wajah, 
  • base mekap, 
  • bagi mekap tahan lama
sue takde gambar lepas pakai nie,sorry .

Beli online

Harga :
Rm 40.00




Sabtu, 7 Disember 2013

Produk penjagaan kulit pilihanku


salam korang nak update lagi pasal produk-2 penjagaan kulit muka.Ada beberapa produk yang sue baru try dan dah lama pakai , FYI kulit muka sue banyak sangat masalah , antaranya berjerawat , sangt berminyak , kusam .Dah banyak produk yang sue try tapi ada yang menjadi ada yang tak , almst yang sue pakai jadi sekejap je pastu naik jerawat balik.

Antara produk yang sue pakai untuk muka ..

Cuci muka

1.Aiken tea tree oil


credit : Google

Produk nie sue baru try awal tahun 2013 dan sue berjaya kekal kan pakai sampai 7/12/2013 je , muehe ,masa pakai produk ni oke la jugak , tapi sue dah brenti pakai sebab macam takdak perubahan pun , kalau ada pun maybe sikit je la,sue pakai satu set mcm dalam gambar, bagi muka berminyak sue suggestkan produk nie , maybe kulit muka korang menjadi kankan ,, kulit lain-2 tapi apa salahnya cuba dulu bagi korang yang buntu dah tak tau nak pakai apa.sebelum terlupa bedak pun ada tau *sila gugel .Bedak dia boleh digunakan pada tempat-2 gatal , muka pon boleh

dan sue maseh kekalkan pakai moisturising lotion dan dia punyer toner sampai sekarang , daily moisturising tu sue jadikan base makeup.Dia oke tapi muka akan jadi berminyak.huhu

Nak tau banyak sila serbu blog yang review pasal produk aiken sini dan sini

2.Giffarine Sabun Honey Fresh


Ini adalah produk daripada Giffarine diimport daripada thailand,jangan risau ianya HALAL tau , mak sue jual semua produk giffarine , macam-2 ada . .oke tentang produk nie plak sue baru je pakai , dan tak sangka baru je pakai 2 hari rasa macam kulit muke lembut dan jerawat kecut dengan cepat.Alhamdulillah sue akan teruskan pakai produk nie , produk daripada giffarine semua murah-2 , tak caya gugel ye hehe.Sabun nie besar dan boleh jimat ,jugak boleh pakai pada badan.So far sabun nie sangat oke.

Sabun Honey Fresh 
Sabun jernih ini diperbuat daripada madu asli dan ekstrak semulajadi. Membersihkan keseluruhan wajah dengan lembut dan menjadikan kulit wajah anda lembut dan segar.
-   Pati Madu
Pati madu asli  membantu  memperkaya dan melembapkan wajah anda.
-  Ekstrak Cammomile
Herba semulajadi  mencegah iritasi dan melegakan kulit anda.
-   Sodium Lactate
Menambahkan kelembapan.
-   Vitamin E
Menambahkan keserian dan kelembutan wajah.

Cara Penggunaan:
Letakkan sedikit sabun pada tapak tangan dan campur dengan air sehingga mengeluarkan buih, sapukan pada seluruh wajah. Kemudian bilas dengan air. Gunakan setiap hari.
review daripada blog lain sini .


Setakat ni jelah perkongsian yew :)









Apa yang harus kita pakai sebelum makeup ?


halooo ,, awak-2 semua apa kabar ? lama tak update , bizi dan line takdok *alasan kuno . oke harini nak share sikit pasal makeup-2 uollsss.Sapa yang suke makeup tu kene tau step-2 sebelum makeup taw,kene tau macam mana nak bagi muka nampak glowing-2 , camne tak nak bagi muka berminyak.

oke sue nak review sikit beberapa produk yang setakat nie sangat best untuk dipakai .Sebelum makeup kita haruslah pakai base untuk mengelakkan matahari tu tepat-2 kene kat muka kita , paham ? *blurrrr
biasanya sebelum kita pakai foundation tu kita akan pakai base nie , ada banyak jenis tau,* sila gugel

Harini nak share 2 produk je , sangat-2 best , ada murah ada mahal sikit.

1.Giffarine Oil Control Formula II


credit : Gugel

Produk ni daripada GIFFARINE.Produk nie dah semakin popular sekarang , harganya pun murah.Best sangat pakai produk ni,dia macam krim tapi ada jugak macam cecair sebab nya bila kita apply dekat muka memang cepat je menyerap.Boleh pakai sebelum makeup dan sebelum korang tidur.

Harga Ahli : RM 12.08
Harga Jual : RM 16.10

Boleh beli mana-2 stokis giffarine atau boleh order dengan sue yew , kalau nak jadi ahli pun boleh , boleh pm facebook sue.

2.Biore Uv Perfect Face Milk



Ini adalah produk dari biore , bagi sue produk nie mahal sikit , n botol dia kecik je , tapi memandangkan produk ni NO 1 di Japan sue pun terus la beli , bau dia memang ada bau susu sikit2 , dan produk ni sangat-2 best sebab bila kita apply je terus menyerap n terus jadi macam kita sedang sapu bedak *imagine .Produk ni adalah base dan ianya ada SPF 50+ sangat bagus untuk mengelakkan cahaya matahari tu tepat pada muka kita , dan produk ini BAGUS UNTUK KULIT BERMINYAK , muka sue sangat berminyak then bila pakai produk nie muka dah kurang minyak bila bermakeup.

Harga : RM 29.90
Lokasi : Watson 

Haritu sue beli dekat pasaraya ANEKA , sebab cari dekat watson takde , maybe watson dekat area korang ade kot.


 
All right reserved by seuleira @copyright protected